penternak.my

Carta Alir Masalah Berat Badan Ternakan

Produktiviti ternakan berkait rapat dengan berat badan ternakan. Sebelum ini kami pernah berkongsi bagaimana Penilaian Kondisi Badan Ternakan amat penting, dan pada kali ini kami kongsikan punca yang menggangu kondisi badan ternakan. Secara umum terdapat tiga (3) punca iaitu, kehilangan nutrisi, kurang pengambilan nutrisi, kualiti nutrisi. Kehilangan nilai atau unsur nutrisi akan menggangu penghasilan tenaga,…

Read More

Pertukaran Alamat Laman Sesawang

Untuk maklum para pembaca, penternakdotcom (penternak.com) akan berpindah ke pada laman penternakdotmy (penternak.my). Perpindahan ini adalah bertujuan bagi menyatakan identiti laman ini dibuat bagi rujukan para penternak dan bukan penternak khususnya di Malaysia. Semoga perubahan ini menjadi batu loncatan kepada laman ini untuk kekal relavan Terima kasih kerana masih bersama kami, semoga perkongsian berkaitan dengan…

Read More

Pemantauan Kesihatan Ternakan Melalui Suhu Badan.

Tubuh badan mesti mampu mengekalkan suhu tubuh pada paras yang sama bagi memastikan sistem tubuh badan berjalan dengan baik. Perubahan suhu badan yang banyak atau sedikit sebenarnya memberi kita petanda yang ternakan berada dalam keadaan yang tidak normal. Terdapat beberapa cara yang digunakan oleh ternakan bagi mengekalkan suhu badan, antaranya dengan mengunakan bulu, aktiviti berjalan…

Read More

Jom Kenali 4 Jenis Cacing.

Lumrah alam kita hidup bersama pelbagai organisma lain, saling melengkapi antara mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Namun jika tiada kestabilan dan tidak terkawal sudah pasti akan mendatangkan keburukan. Haiwan ternakan sudah seringkali menghadapi masalah kecacingan yang kritikal sehingga boleh membunuh, dan sudah pasti pemilik ternakan akan menghadapi kerugian. Dan situasi ini mesti dikawal, namun bagaimana…

Read More

MARDI Apps MARDI Lembu Brakmas

Anda pernah mendengar baka lembu Brakmas? Jika belum, ini adalah salah satu baka lembu pedaging yang pernah dijenamakan oleh MARDI daripada hasil kajian mereka melalui kacukan antara Brahman bulls from Texas, USA dengan local indigenous Kedah-Kelantan (lembu KK). Mengambil kira tahap lasaknya, ianya sesuai untuk dijadikan lembu integrasi yang dilepaskan di dalam ladang kelapa sawit…

Read More

Parasit External Pada Ruminan

Kesemua haiwan dan juga manusia berupaya menjadi host (perumah) kepada parasite jenis ini, dan jika dilihat secara mata kasar ianya seperti sejenis serangga. Secara amnya terdapat 3 jenis: 1. Mites (Hama).2. Kutu (Lice).3. Sengkenit/Pirah (Tick).4. Lalat (Fly). Dan setiap jenis parasit luar ini akan mendatangkan masalah yang besar, bak kata kata pepatah, “kecil-kecil cili padi”…

Read More

Mengesan Masalah Kecacingan dengan Penggunaan Sistem FAMACHA©

Penggunaan sistem FAMACHA© membantu para penternak ruminan kecil untuk membuat keputusan pelaksanaan nyah cacing (deworming) atau pun tidak. Konsepnya adalah berdasarkan anggaran tahap anemia pada bebiri dan kambing yang dikaitkan dengan Haemonchus contortus. Para penternak akan dapat mengenal pasti dan memilih ternakan yang mempunyai masalah anemia secara spesifik. Dengan ini penggunaan ubatan dapat dikawal dan juga…

Read More

PENGENALAN DIRI TERNAKAN

Bagi mengenal pasti identiti ternakan, penternak boleh menggunakan perlbagai cara yang sesuai dengan jenis ternakan. Implikasi mempunyai pengenalan diri ternakan yang baik dan sistematik akan membantu pengurusan ladang yang lebih baik, menjaga mutu genetik ternakan, dan memberi kepercayaan kepada pengguna. Terdapat beberapa cara untuk pengenalan diri ternakan, antaranya: Freeze branding Branding Tag telinga Tag tengkuk…

Read More

Kit Produksi Bebiri dan Kambing

Pasti ramai yang ingin mengetahui, apakah hasil yang boleh diperolehi apabila menternak bebiri dan kambing. Bagi memberi kesedaran terhadap isu ini, ATTRA telah menerbitkan sebuah ebook (berbahasa Inggeris) yang menceritakan tentang produksi bebiri dan kambing secara ilutrasi mudah. ATTRA merupakan program yang diurus dan dihasilkan oleh National Center for Appropriate Technology (NCAT) yang berpengkalan di United States. Pengisian yang…

Read More

Aplikasi Pintar Yang Memberi Panduan Untuk Menternak dan Bertani oleh MARDI

Umum sudah pasti biasa dengan penggunaan telefon pintar, ini membuatkan pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysua (MARDI) untuk menerbitkan 22 buah aplikasi telefon pintar android. Menggunakan aplikasi ini akan memudahkan para penternak dan petani lebih mudah untuk membuat rujukan walau di mana saja. Pengurusan operasi ladang akan lebih teratur dengan menggunakan aplikasi ini. Namun…

Read More