PENGENALAN DIRI TERNAKAN

Bagi mengenal pasti identiti ternakan, penternak boleh menggunakan perlbagai cara yang sesuai dengan jenis ternakan. Implikasi mempunyai pengenalan diri ternakan yang baik dan sistematik akan membantu pengurusan ladang yang lebih baik, menjaga mutu genetik ternakan, dan memberi kepercayaan kepada pengguna.

Terdapat beberapa cara untuk pengenalan diri ternakan, antaranya:

  1. Freeze branding
  2. Branding
  3. Tag telinga
  4. Tag tengkuk
  5. Tattoo
  6. Microchip

Dan pelbagai lagi cara mengikut kesesuaian pengurusan ladang masing-masing. Namun, walau apa cara yang dilakukan untuk mengenali ternakan, ianya tidak akan lengkap tanpa pengurusan rekod. Ianya berakhir dengan data, bagi mengeluarkan sijil, dan juga urusan jual beli yang lebih diyakini.

Pengurusan rekod pada masa kini boleh amat mudah, namun masih sukar untuk dilaksanakan. Penternak boleh menggunakan cara lama iaitu dengan menulis di dalam buku, ataupun menggunakan aplikasi seperti Microsoft excel dan google sheets yang tidak memakan kos yang besar. Terdapat pembangun perisian tempatan yang menawarkan sistem rekod yang berkesan seperti goodtreefms.com yang lebih memahami keperluan tempatan.

Kesimpulan, pengurusan pengenalan diri ternakan memerlukan rekod yang berterusan dan memberi kesan kepada kualiti produk ladang.

Sumber Rujukan:
1. extension.purdue.edu
2. goodtreefms

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel