Kit Produksi Bebiri dan Kambing

Sumber 2

Pasti ramai yang ingin mengetahui, apakah hasil yang boleh diperolehi apabila menternak bebiri dan kambing. Bagi memberi kesedaran terhadap isu ini, ATTRA telah menerbitkan sebuah ebook (berbahasa Inggeris) yang menceritakan tentang produksi bebiri dan kambing secara ilutrasi mudah.

ATTRA merupakan program yang diurus dan dihasilkan oleh National Center for Appropriate Technology (NCAT) yang berpengkalan di United States. Pengisian yang amat ringkas meliputi kandungan seperti berikut:

  1. Pengenalan.
  2. Pemakanan dan Pastura.
  3. Pembiakbakaan dan stok anak.
  4. Kesihatan.
  5. Peralatan.
  6. Pemasaran.
  7. Kesimpulan.
  8. Sumber rujukan.

Sumber 2

Ilutrasi yang menarik dan ringkas memudahkan penternak untuk memahami isi kandungan. Ini sudah pasti memberi kejayaan kepada pihak NCAT menyampaikan manfaat penternakan bebiri dan kambing kepada semua lapisan masyarakat.

Diharap Malaysia juga akan mempunyai pihak atau individu yang mampu melakukan perkara ini. Atau pihak penternakdotcom yang perlu menyahut peluang ini?

Bagi individu yang berminat untuk mendapatkan kit produksi bebiri dan kambing ini bolehlah singgah ke pautan ini (AN ILLUSTRATED GUIDE TO SHEEP AND GOAT PRODUCTION), semoga Malaysia mempunyai suasana penternakan yang mampan dan berkualiti untuk kelangsungan bekalan makanan negara.

Sumber Rujukan:
1. attra.ncat.org
2. AN ILLUSTRATED GUIDE TO SHEEP AND GOAT PRODUCTION
3. USDA
4. NCAT

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel