Umum sudah pasti biasa dengan penggunaan telefon pintar, ini membuatkan pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysua (MARDI) untuk menerbitkan 22 buah aplikasi telefon pintar android.
Menggunakan aplikasi ini akan memudahkan para penternak dan petani lebih mudah untuk membuat rujukan walau di mana saja. Pengurusan operasi ladang akan lebih teratur dengan menggunakan aplikasi ini.
Namun begitu, aplikasi ini masih mempunyai sedikit kelemahan, walau apa pun, kemudahan ini perlulah disambut dengan baik, sudah pasti kami daripada golongan penternak dan petani serta masyarakat awam amnya menantikan penambah baikkan bagi setiap aplikasi yang telah dibangunkan.
Usaha pihak MARDI ini adalah salah satu contoh yang menunjukkan langkah untuk seiring dalam gelombang mengaplikasikan suasana industri 4.0 yang telah rancak berlaku. Semoga pembangunan aplikasi seperti ini lebih banyak diterbitkan oleh mana-mana pihak bagi memberi manfaat kepada industri pertanian di negara kita, Malaysia.
Sumber Rujukkan:
1. googleplay
2. kkmm
3. myagri.com
4. hmetro
5. utusan.com.my