Melihat perkembangan dan kesedaran masyarakat berkenaan pertanian kini amat memberasangkan, dan suasana ini bagus jika anak muda (remaja lepasan SPM) mempelajari dan memahami ilmu pertanian ini. Seperti mana selogan sesawang ini “penternak berilmu maju jaya”.
Kementerian pertanian dan industri asas tani telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) di 15 buah institut di seluruh negara, berikut adalah senarai institut:
- Kolej Pertanian Malaysia, Kedah
- Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak
- Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
- Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
- Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
- Institut Pertanian Serdang, Selangor
- Institut Pertanian Titi Gantong, Perak
- Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
- Institut Pertanian Sarawak, Sarawak
- Institut Veterinar Malaysia, Johor
- Institut Teknologi Unggas, Melaka
- Institut Latihan FAMA, Kelantan
- MADA Rice Training Center (MRTC), Kedah
- Pusat Latihan MARDI, Selangor
- Pusat Latihan Perikanan Tangkapan Tg. Manis, Sarawak
Sudah pasti institut ini telah dilengkapi kemudahan dan kepakaran yang mampu melahirkan tenaga pakar bagi merancakkan lagi aktiviti pertanian di Malaysia.
Cara untuk anda membuat permohonan kemasukan adalah melalui online (atas talian) di laman web di pautan berikut :
1. Kemasukan Januari
Laman Web Rasmi BLKP – http://www.moa.gov.my/natc (dibuka mulai Oktober-Disember)
2. Kemasukan Julai
Laman Web Rasmi BLKP – http://www.moa.gov.my/natc (dibuka mulai April-Jun)
Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia – http://www.upu.moe.gov.my (dibuka mulai Januari-Jun)
*pautan yang diberi ini akan aktif pada tarikh yang telah ditetapkan
Jangan lepaskan peluang keemasan ini,
#penternak
#penternakdotmy
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi :
Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKPK)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Aras 3, Wisma Tani (Blok Menara),
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.
Tel : 03-8870 1695 / 1692 / 1802
Faks : 03-8888 1699 / 03-8870 6908