Daging sintetik

Sumber gambar: Maastricht University via Bloomberg

Daging kultur, juga dikenal sebagai daging makmal, sejenis daging yang dihasilkan dari sel-sel haiwan yang dikultur dalam makmal. Secara ringkas proses pembuatannya melibatkan pengambilan sampel sel-sel haiwan dan kemudian dikulturkan sel tersebut dalam keadaan yang terkawal menggunakan bioreaktor. Tujuan asal kajian dan penghasilan daging sintetik adalah bagi menyediakan alternatif protein yang lebih berpanjangan dan lebih murah jika dibandingkan dengan daging kebiasaan yang dihasilkan dari aktiviti peternakan haiwan.

Sejarah pengembangan daging sintetik dapat ditelusuri dari awal abad ke-20. Pada tahun 2001, saintis yang bernama Willem van Eelen telah mematenkan teknologi untuk menghasilkan daging dalam skala besar. Kemudian pada tahun 2013, seorang penyelidik iaitu Dr. Mark Post telah berjaya menghasilkan daging burger pertama di makmal kajian.

Bagaimana konsep penghasilan daging kultur dilakukan? Melalui;

  1. Pengambilan sampel sel-sel haiwan

2. Pemeliharaan sel-sel haiwan

3. Pembiakan sel-sel haiwan

4. Pembezaan sel-sel haiwan

5. Pembentukan jaringan daging

6. Pengolahan dan pemprosesan

Dan kini, telah ada beberapa pihak yang sedang membangunkan dan mengembangkan lagi teknologi daging sintetik. Diantaranya adalah;

  1. Memphis Meats,
  2. Mosa Meat,
  3. SuperMeat,
  4. Aleph Farms,
  5. Future Meat Technologies,
  6. Integriculture.

Kesemua syarikat ini memfokuskan pengembangan teknologi penghasilan daging sintetik yang lebih cekap, murah, dan berkualiti tinggi. Sejak kebelakangan ini semakin banyak pihak yang berminat dengan teknologi ini, namun tidak kurang juga penentangan penggunaan daging kultur ini.

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel