Penggunaan sistem FAMACHA© membantu para penternak ruminan kecil untuk membuat keputusan pelaksanaan nyah cacing (deworming) atau pun tidak. Konsepnya adalah berdasarkan anggaran tahap anemia pada bebiri dan kambing yang dikaitkan dengan Haemonchus contortus.
Para penternak akan dapat mengenal pasti dan memilih ternakan yang mempunyai masalah anemia secara spesifik. Dengan ini penggunaan ubatan dapat dikawal dan juga tahap kerintangan parasit GIN (gastrointestinal nematode) dapat dielakkan, Selain itu sistem ini juga boleh diguna pakai bagi program pembiakan (pemilihan pembaka).
Sistem ini telah dibangunkan di South Africa dan telah diperkenalkan oleh “American Consortium for Small Ruminant Parasite Control (www.acsrpc.org)”. Sepertimana yang telah diberitahu sebelum ini sistem ini menggunakan warna mucous membranes mata ternakan ruminan kecil sebagai indikasi.
Pihak acsrpc telah membahagikannya warna
mucous membranes mata kepada 5 tahap yang mewakili tahap anemia.
Penggunaan carta sistem FAMACHA© ini memerlukan pencahayaan semulajadi, warna mucosa membrane yang berada pada tahap 4 dan 5 memberi amaran kepada penternak untuk menjalankan program nyah cacing.
Pada tahap 1 dan 2 jangan sesekali diberi ubatan nyah cacing kecuali jika ada tanda kecacingan seperti diaarrhea, kondisi tubuh badan yang tidak menarik, bulu tidak bersinar dan pucat, dan bentuk tinja yang tidak normal.
Pada tahap 3 penternak perlu melakukan pemerhatian yang lebih detail dan kerap. Program nyah cacing perlu dilakukan jika ternakan tersebut mempunyai tanda masalah bebanan kecacingan dan lebih dari 10% populasi ternakan berada pada tahap 4 dan 5.
Pastikan tahap sistem FAMACHA© direkodkan bagi memastikan perancangan tahap kesihatan ternakan dapat dipantau dan dapat mengenal pasti masalah kerintangan ubat-ubatan yang biasa digunakan.
*peringatan sistem FAMACHA© yang telah dicetak seharusnya disimpan dengan baik agar warna yang dicetak tidak pudar.
Sumber Rujukan: