Pemantauan Kesihatan Ternakan Melalui Suhu Badan.

Tubuh badan mesti mampu mengekalkan suhu tubuh pada paras yang sama bagi memastikan sistem tubuh badan berjalan dengan baik. Perubahan suhu badan yang banyak atau sedikit sebenarnya memberi kita petanda yang ternakan berada dalam keadaan yang tidak normal.

Terdapat beberapa cara yang digunakan oleh ternakan bagi mengekalkan suhu badan, antaranya dengan mengunakan bulu, aktiviti berjalan dan berlari, berteduh di tempat yang redup, berpeluh, penafasan, dan berendam.

Namun, lain ternakan lain nilai suhu badan. Merupakan keperluan bagi setiap penternak dan pemilik haiwan memiliki alat mengukur suhu (thermometer) dan penternak perlu memahami cara penggunaan dan penyimpanan (pastikan dibersihkan sebelum digunakan dan selepas digunakan) thermometer yang betul mengikut jenis yang digunakan.  

Suhu Badan Normal Ternakan

Jenis TernakanSuhu Normal °C
Lembu36.7–39.1
Anak lembu39.5
Kerbau38.2
Kambing38.5–39.7
Bebiri38.3–39.9
Kuda37.2–38.1
Babi39.0
Ayam40.6–43.0
Arnab38.6–40.1

*pemerhatian suhu badan terhadap haiwan ternakan seharusnya diadakan secara berkala dan berekod.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.msdvetmanual.com/special-subjects/reference-guides/normal-rectal-temperature-range
  2. https://www.roysfarm.com/body-temperature-of-healthy-animal/
  3. https://www.infoplease.com/encyclopedia/medicine/anatomy-and-physiology/anatomy-and-physiology/body-temperature/warmblooded-animals-homeotherms
  4. https://www.sciencedirect.com/topics/agricultural-and-biological-sciences/animal-body-temperature
  5. http://vikaspedia.in/agriculture/livestock/general-management-practices-of-livestock/body-temperature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *