Produktiviti ternakan berkait rapat dengan berat badan ternakan. Sebelum ini kami pernah berkongsi bagaimana Penilaian Kondisi Badan Ternakan amat penting, dan pada kali ini kami kongsikan punca yang menggangu kondisi badan ternakan. Secara umum terdapat tiga (3) punca iaitu, kehilangan nutrisi, kurang pengambilan nutrisi, kualiti nutrisi.
Kehilangan nilai atau unsur nutrisi akan menggangu penghasilan tenaga, dan seterusnya mengakibatkan penghasilan berkurang. Kebiasaan faktor ini adalah berkait dengan kesihatan dan juga penyakit. Ianya lebih mudah jika pihak ladang mengamalkan kesihatan gerompok kerana ianya boleh dikawal.
Pengambilan nutrisi melalui pemakanan adalah sumber utama penghasilan tenaga untuk ternakan menjalankan aktiviti seharian. Pengurangan pengambilan nutrisi menyebabkan produktiviti ternakan terganggu dan menyebabkan pengurangan berat badan boleh berlaku.
Jika kuantiti makanan adalah normal, tindakan seterusnya adalah semak nilai kualiti makanan ternakan. Keadaan ini seringkali terlepas pandang. Semakan kualiti bahan makanan boleh dilakukan dengan menghantar sample makanan kepada makmal. Simpan keputusan makmal tersebut untuk mengamati pola nitrisi bahan makanan mengikut musim. Pemberian makanan juga seharusnya mengikut tahap produktiviti ternakan selain daripada berat badan ternakan.
Berikut adalah carta alir sebagai bimbingan dalam mencari punca kepada masalah berat badan ternakan, pembesaran ternakan dan juga kehilangan berat badan ternakan secara tiba-tiba.
*nota: sila rujuk doktor veterinar yang untuk khidmat nasihat yang lebih berkesan.
Sumber Rujukan:
1. msdvetmanual.com
2. foa.org