Penilaian Kondisi Badan Ternakan

Antara element yang penting semasa melakukan pemilihan ternakan adalah dengan melihat kepada kondisi badan ternakan, penilaian markah perlu diberi, kebiasaan nilai 1 hingga 5 yang digunakan, namun ada segolongan menggunakan 1 hingga 9 mengikut pengurusan yang sesuai.

Dalam penilaian ini, terdapat beberapa sisi penting
yang harus dititik berat oleh pemilik ternakan, antaranya adalah:

  1. Tulang
    rusuk.
  2. Tulang
    belakang.
  3. Tulang pinggul.
  4. Tulang bahu.
  5. Tulang ekor
    (pangkal).

Kondisi ternakan adalah kesan daripada prestasi
pembesaran dan penggemukan, sudah tentu disebabkan pengurusan pemakanan, dan
potensi baka (genetik). Kombinasi struktur daging dan lemak akan menutupi 5
sisi penting penilaian kondisi badan ternakan .

Apabila penilaian dan markah diberi terhadap
ternakan, pengurusan dan penyusunan akan lebih mudah. Penjualan dan singkiran
dapat dilakukan tanpa ragu. Markah yang diberi boleh direkodkan dan prestasi
ternakan dapat dipantau dengan lebih teliti.

Sumber Rujukan:
1. www.pubs.ext.vt.edu
2. www.dairygoldagri.ie

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel