Pemandulan Pada Anak Jantan Ternakan

Anak jantan yang yang diternak bukan untuk dijadikan sebagai penjantan baka (kandang atau dijual) sebaiknya dimandulkan. Salah satu sebab aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengelakkan aktiviti pembiakan yang tidak teratur dan mengawal penyakit. Aktiviti ini kebiasaanya dilakukan pada umur 1-2 minggu, dan ada yang buat pada 2-4 minggu.Terdapat 4 teknik yang digunakan bagi program ini dan boleh dipilih mengikut kesesuaian pengurusan ladang:

1. Surgical Castration.
2. Emasculator.
3. Elastrator.
4. Burdizzo (emasculatome).
* teknik-teknik ini akan diulas pada artikel yang akan datang.

Sudah pasti setiap teknik ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Namun perlu kita ingat sebelum memulakan perkara ini, semestinya kita perlukan seberapa persiapan yang lengkap, antaranya:

1. Ilmu pemandulan (Teknik dan teori, walaupun ianya dilakukan oleh orang lain, pemunya ternakan perlu juga memahaminya).
2. Peralatan yang berkaitan.
3. Peralatan untuk restraint ternakan (kebiasaan teknik yang digunakan adalah “hock lock” ataupun menggunakan “Grambrel restrainer”.
4. Ubat-ubatan asas luka.

*penafian: dinasihatkan para pembaca agar merujuk kepada veterinawan bertauliah berkaitan dengan artikel kesihatan haiwan. Hukum pemandulan ternakan boleh dirujuk terus kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sumbur Rujukan:
1. muftiwp.gov.my (Hukum Pemandulan ternakan).
2. Sheep101.info
3.agecon.okstate.edu.
4. luresext.edu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *