Kesemua haiwan dan juga manusia berupaya menjadi host (perumah) kepada parasite jenis ini, dan jika dilihat secara mata kasar ianya seperti sejenis serangga.
Secara amnya terdapat 3 jenis:
1. Mites (Hama).
2. Kutu (Lice).
3. Sengkenit/Pirah (Tick).
4. Lalat (Fly).
Dan setiap jenis parasit luar ini akan mendatangkan masalah yang besar, bak kata kata pepatah, “kecil-kecil cili padi” jika tidak dipantau dan tidak dikawal.
Parasit jenis ini akan membuatkan ternakan gatal dan situasi ini akan menyebabkan luka. Kesan luka yang terbuka boleh menyebabkan jangkitan kuman dan beberapa jenis kesan lain. Antaranya masalah “maggot wound” (kes yang biasa dijumpai).
Cara rawatan dan pengawalan?
Sudah pasti pemerhatian terhadap ternakan perlu kita laksanakan, terutamanya ternakan yang diternak menggunakan sistem lepas bebas, atau separa intensif (semi intensif). Apakah tanda yang ternakan anda mengalami masalah parasite luar? Antaranya:
1. Bulu gugur.
2. Kurus.
3. Pucat.
4. Gatal-gatal.
Merawatnya adalah berdasarkan jenis parasit yang menggangu, dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor veterinar bertauliah dan merujuk kes kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar terdekat. Masalah parasite luar ini perlu dicegah sepantas mungkin bagi menggelakkan produksi ternakan merudum.
Sumber Rujukan:
1. parasitipedia.net
2. ncb.nlm.nih.gov