
Baka bebiri
Bebiri juga boleh menyumbang hasil pendapatan negara melalui penghasilan daging, susu dan juga bulu. Selain dapat menjamin bekalan makanan negara, penternakan bebiri mampu meningkatkan ekonomi para penternak. Di Malaysia khususnya terdapat baka yang telah lama diternak oleh masyarakat, iaitu baka Malin (singkatan bagi Malaysian Indigenous) yang mempunyai kelebihan dari segi tahan lasak kepada cuaca, penyakit…