Para saintis telah mengenal pasti terdapat dua versi atau genotype Moraxella bovis (M.bovis), sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit pinkeye pada lembu. Penemuan ini menjadi titik pemahaman untuk membezakan versi bakteria ini dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dalam aktiviti penternakan.
Pinkeye atau pun keratoconjunctivitis terlalu mudah untuk menjangkiti lembu, ianya boleh menyebabkan masalah pada mata, menyebabkan kemerahan, kegatalan, kesakitan dan ketidakselesaan pada mata haiwan yang terjejas. Kes yang lebih teruk boleh bernanah dan mengakibatkan kebutaan, ini secara tidak langsung akan menjejaskan penambahan berat badan anak lembu, dan lagi membimbangkan penyakit ini mempunyai kesan ekonomi negatif terhadap industri daging lembu.
Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian USDA (ARS) dan saintis Universiti Nebraska-Lincoln (UNL) menyusun dan membandingkan genom koleksi varian M. bovis dan mendapati ia terdiri daripada dua genotip utama. Mereka mengenal pasti perbezaan DNA antara genotip. Selain itu, mereka menemui bahan yang berpotensi digunakan sebagai sasaran untuk mengawal penyakit itu.
Emily Wynn, ahli mikrobiologi penyelidikan ARS. “Sebagai contoh, M. bovis mempunyai toksin, dipanggil toksin hemolysin, yang digunakan untuk menembusi mata. Kami mendapati bahawa kedua-dua genotip mempunyai versi toksin yang berbeza. Perbezaan ini dan lain-lain di antara koleksi varian M. bovis boleh bermakna bahawa terdapat variasi dalam keupayaan mereka untuk menyebabkan penyakit.”
Suatu hari nanti, kita akan dapati masalah ini tidak akan lagi membimbangkan pra penternak jika ada pihak yang mampu mengeluarkan vaksin untuk penyakit pinkeye. Penyakit ini sering diambil mudah dan diabaikan begitu saja oleh sesetengah pihak, namun kesan negatif penyakit pinkeye pada ekonomi dan keuntungan para penternak perlu diatasi dengan segera dan berkesan.
Sumber: Genome sequencing of Moxarella bovis offers new interventions against ‘pinkeye’ in cattle, thecattlesite.com
Bacaan berkaitan: Pinkeye Pada Ternakan Lembu Kambing Bebiri