Apa maksud bentuk tinja ternakan kita

Oleh Wan Amir Al-Hafiz

Mungkin kita merasakan tinja ternakan adalah menjijikkan. Namun, jika diperhatikan, apa sahaja bentuk serta keadaan tertentu tinja atau najis lembu sebenarnya sudah boleh memberitahu tahap kesihatan malah keadaan fisiologi mereka kepada kita, tanpa sedar. Rumput hijau lembut sangat larut dan sering melalui rumen sebelum mengalami dehidrasi sepenuhnya, menyebabkan tinja lebih cair, tetapi apa lagi tinja lembu boleh beritahu kita tentang kesihatan mereka?

Gambar 1: Longgokan tinja yang sihat.

Ia adalah bentuk seni yang mungkin telah hilang terpinggir atau teori yang masih diguna-pakai secara meluas oleh penternak kita sama seperti beberapa generasi terdahulu. Menilai pemakanan boleh semudah melihat ke bawah pada tinja lembu kita. Tinja sebenarnya boleh memberitahu kita segala-galanya dari saat untuk menambah protein kepada diet rutin terbaik lembu kita sehinggalah mengesan masalah seperti asidosis sebelum ia meruncing memeningkan kepala kita sebagai penternak.

Walaupun tinja tidak dapat memberitahu kita segala-galanya tentang kesihatan lembu, ia adalah “sesuatu” yang sangat berguna. Bahan seperti najis adalah salah satu daripada banyak petunjuk kesihatan dan pemakanan lembu.

Tinja berair daripada rumput hijau segar

Gambar 2: Tinja berair daripada rumput hijau.

Warna tinja biasanya menunjukkan warna makanan. Hijau gelap keperangan contohnya palet jenama tertentu dan rumput. Makanan ternakan berkualiti tinggi biasanya najis berwarna lebih cerah. Ini pendapat sesetengah orang terutamanya di luar negara. Walau bagaimanapun, jika kita mempunyai anak lembu yang menerima makanan rayap dan najis kelihatan lekit lembik dan berlemak, sudah tiba masanya untuk membuat beberapa pengubahsuaian dalam ramuan atau pengambilan makanan terbaik. Scours (cirit-birit), yang disebabkan oleh pertumbuhan E-coli yang berlebihan dalam rumen, akan kelihatan sebagai tinja yang sangat cair dan lembik melekit berwarna kelabu atau seolah berkabus. Kebanyakan penternak biasa dengan scours dan tahu rawatan adalah penting. Najis berdarah boleh menunjukkan terdapat masalah coccidiosis, dan pelepasan tisu usus sering dikaitkan dengan bakteria salmonella.

Di sebalik penyakit, tinja yang tidak akan berlonggok menunjukkan masalah. Jika najis lembu tidak akan bertindan satu inci atau lebih, diet perlu diperhalusi dan perlu diubah dengan segera.

Tinja berair yang disebabkan oleh “scours”

Gambar 3: Tinja berair dan berlemak menandakan scours.

Najis berair bermakna lembu tidak memetabolismekan semua nutrien yang berpotensi. Diet tinggi protein dengan kurang serat sama dengan najis berair. Menambah serat adalah berfaedah buat ternakan ketika ini (rumput pelbagai pilihan atau jerami adalah ubat yang mudah) untuk memastikan bahawa lembu menggunakan semua protein yang mereka makan dan bukan hanya kehilangannya tanpa dimanfaatkan badan. Konsistensi boleh menjadi penunjuk kesihatan yang berguna atau tanda jenis suapan yang jelas. Waktu makan, jumlah dan campuran mesti dititik-beratkan.

Tinja lembu fidlot jika diperhatikan berbeza dengan tinja lembu yang meragut lepas bebas. Tinja lembu fidlot selalunya kelihatan lebih lekit daripada tinja lembu  meragut lepas bebas kerana makanan dan persekitaran. Tinja lembu feedlot lebih kurang keras  daripada haiwan yang memakan jerami kering atau rumput, tetapi tidak berair atau cair. Terlalu cair atau berair boleh menjadi petunjuk asidosis atau mungkin ternakan menghadapi penyakit “Johne’s”. Walaupun situasi itu sebenarnya lebih biasa dalam lembu tenusu, penyakit Johne’s menjadi lebih lazim dalam lembu daging juga. Oleh kerana tiada rawatan wujud untuk penyakit Johne’s, tindakan pencegahan adalah penting. Lembu dengan penyakit Johne mengalami kesukaran mengekalkan berat badan selain najis berair. Situasi ini menyebabkan produktiviti ternakan menurun, malah tidak memberi keuntungan kepada pemilik.

Lelehan dari usus lembu.

Gambar 4: Keputihan usus.

Sebaliknya, jika tinja atau najis lembu kelihatan tebal dan berserabut, sudah tiba masanya protein ditambah ke dalam diet. Mungkin datuk nenek kita pernah berjalan di batas sawah atau sawit serta padang rumput dan menendang tinja dengan kakinya. OK. Jika tinja kelihatan kering dan berbutir, protein adalah satu kemestian. Bukankah lebih baik untuk mengetahui pada permulaan sebelum tinja menjadi sangat kering dan tidak melekat pada but kita? Itu sudah sangat tidak elok!

Bagaimanakah kita tahu apabila kita terleka dan cuai untuk memastikan lebih banyak protein?

Apabila tinja lembu mula terlipat bergumpal, terdapat keperluan untuk protein tambahan. Tinja yang berlipat bersama dan kelihatan lebih seperti doh roti menunjukkan protein rendah. Terdapat beberapa suplemen protein di pasaran yang menjadikan tambahan hebat kepada rumput yang rendah protein. Suplemen protein memberi makan kepada mikrob rumen supaya boleh mencerna makanan ternakan dengan lebih lengkap.

Gambar 5: Tinja berserabut dengan “lipatan doh roti.” Lebih banyak protein diperlukan.

Tinja berserabut

Bagaimana lagi kita tahu kita telah mendapatkan yang terbaik daripada pemakanan atau ramuan makanan untuk ternakan kita? Kulit benih dalam tinja boleh diselongkar untuk menilai penghadaman. Contohnya pilih bijirin yang tersisa dalam tinja dan lihat jika di dalamnya kosong. Jika ya, lembu sedang memetabolismekan nutrien. Walau bagaimanapun, kutip dan lihat satu-satu melalui tinja tidak selalunya menjadi suatu yang praktikal. Contohnya beginilah, jika kita bagi makan jagung, ini contoh saja ya, kita akan tengok biji jagung dalam tinja, terutamanya jika ia tidak dikisar. Apa yang kita nak perhatikan ialah peratusan keseluruhan. Jika seekor lembu makan setengah kilogram jagung, biasanya hanya terdapat peratusan yang kecil yang tertinggal dalam tinja. Takdalah nampak macam banyak sangat biji-biji jagung tadi dalam tinja seolah-olah dah makan keluar balik dengan kuantiti dan keadaan sama.

Kesimpulannya, pemerhatian pada bentuk dan keadaan tinja ternakan adalah sangat penting bagi memastikan tindakan susulan adalah tepat dan tidak mendatangkan sebarang kerugian. Langkah pencegahan perlu dilakukan seketat yang mungkin supaya tiada penyakit yang teruk akan dihadapi oleh ternakan kita.

Sumber: https://www.facebook.com/groups/849024175962971/permalink/946572866208101/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *