Oleh Dr. Azhar Kasim
Tahun 2014 adalah tahun bermulanya saya membuat kajian mengenai Larva Lalat Askar Hitam/Black Soldier Fly Larva (BSFL)
Tahun ini (2021) adalah tahun ke-8 saya menjalankan R&D dan bukti2 yg terkumpul melalui field trial ke atas lalat askar hitam (Hermetia illucens) akan membawa dimensi baharu kepada industri ternakan negara, khususnya bagi ayam kampung asli.
Saya ingin kongsikan bersama sukses tersebut:
1. Masalah lalat dan bau pada ladang ayam dapat dibendung. (MAKA TAK PERLU REBAN TERTUTUP BAGI AYAM KAMPUNG demi untuk kawal bau dan lalat).
2. Konsep baharu dlm rawatan sarap reban ayam menggunakan BSFL. Sarap mudah dijadikan kompos.
3. Protein dari BSFL (sama ada dlm bentuk larva frozen, larva kering atau mil larva), dgn purata kandungan protein 40% dapat kurangkan kos makanan terumus ayam sehingga ke tahap 50%. Profail amino acid lebih seimbang dari mil kacang soya.
4. Kandungan lemak melebihi 20% dalam BSFL menjadikan ia sebagai sumber tenaga penting dlm makanan ayam. Kandungan kalsium yang tinggi (purata 4%) dlm BSFL sehingga ia digelar sebagai calciworm.
5. Ayam berpotensi perolehi protein secara semulajadi dengan kaedah membesarkan larva BSF dalam sarap (deep litter) dalam sistem pelihara ayam menggunakan sarap atas lantai.
6. Kesihatan ayam bertambah baik sebab BSFL mengandungi antimicrobial peptides serta lauric acid yang memastikan ayam yang makan BSFL bebas dari jangkitan bakteria bahaya seperti E Coli dan Salmonella. Kenaikan berat badan yang baik. Kadar kematian rendah.
7. Synomone, sejenis bahan yg dihasilkan oleh BSFL boleh mengelakkan lalat rumah dari menghurungi makanan terumus (yang mengandungi BSFL) dan juga sarap.
8. Tahi dari ayam yang makan BSFL atau yang makan makanan yang mengandungi BSFL tidak dihurungi lalat rumah.
9. BSFL sebagai pengganti mil ikan/fish meal dalam pembikinan makanan terumus bagi ayam. (Fish meal adalah antara bahan yang menarik perhatian lalat rumah dan kemungkinan dicemari dengan kuman Salmonella)
10. BSFL mudah diternak dan pelbagai produk lain berasaskan BSFL sedang dalam pembikinan seperti baja tanaman dan semburan kawalan lalat rumah.
11. BSFL dapat bebaskan reban dari bau dan lalat rumah dalam pelbagai pendekatan seperti makanan mengandungi BSFL, pemberian BSFL secara terus dan/atau pembesaran larva BSF dalam sarap.
12. Lantai pada kenderaan yang membawa ayam (yang makan BSFL) untuk sembelihan tidak dihurungi lalat walaupun tahi ayam banyak bertimbun.
13. Lokasi sembelihan ayam kurang diharungi lalat rumah atau bebas lalat rumah sebab produk sampingan sembelihan seperti usus ayam (dan isinya) tidak berbau busuk. (Maka, usus ayam sesuai untuk dijadikan makanan kita juga).
14. Larva BSF boleh diaplikasikan untuk meleraikan bahan organik (seperti lebihan dapur/lebihan agroindustri). Setiap gram larva yang baru tetas boleh hasilkan 10 kg larva BSF berumur 2 minggu yang sesuai dituai. Media pembesaran larva ini (Frass) boleh dijadikan baja kompos yang amat baik untuk tanaman.