Oleh Aisya Ridha
Betul ke kena jual arnab selepas usia 8 minggu sahaja? Ada betul dan ada tak betulnya. Menggunakan protokol yang betul, arnab boleh dijual seawal usia 1 hari. Bagaimana ia dilakukan? Protokol ini ditulis bagi mengurangkan risiko kerugian kepada penternak.
Induk arnab pedaging perlu diganti setiap tahun dalam produksi intensif terutama sekali dengan penggunaan arnab hibrid. Oleh itu pembelian anak arnab pedaging umur sehari bertujuan untuk mengurangkan kos pengangkutan bagi menggantikan induk pedaging.
Membeli baka arnab pedaging seawal usia sehari sudah lama dipraktikkan dalam penternakan intensif. Namun “one day old kits” untuk dibesarkan sebagai feedlot atau “DOC” seperti anak ayam memang mustahil untuk dilakukan, kerana anak arnab perlu menyusu sekurang-kurangnya 25 hari pertama kelahiran.
Protokol pembelian arnab “one day old kits” (hibrid)
1) Pemilihan Induk Angkat;
Kenalpasti berapa ekor induk angkat yang diperlukan. Lazimnya seekor induk arnab hibrid boleh menerima 8-9 ekor anak angkat. Pastikan ada 1-2 ekor induk extra untuk mengganti induk angkat yang berkemungkinan tidak menerima anak angkat.
- Hanya pilih induk yang sudah melahirkan pada kitaran ke-3 atau lebih.
- Hanya pilih induk yang berjaya menyusukan kesemua anaknya sehingga cerai susu (8-9 ekor pada kelahiran pertama dan kedua).
- Pilih induk yang mempunyai kualiti maternal yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya.
- Elakkan memilih induk yang mempunyai masalah pernafasan, mastitis, sore hock etc.
2) Persediaan Induk Angkat;
- Sehari sebelum menerima anak angkat, keluarkan semua anak kandung induk arnab angkat dari nestbox (boleh pindahkan ke ibu lain).
- Kekalkan keadaan nestbox, jangan usik selepas anak kandung dikeluarkan.
- Tutup pintu akses ke nestbox untuk elakkan induk arnab memeriksa nestboxnya.
3) Penerimaan anak arnab usia sehari;
- Kesemua anak arnab sepatutnya wajib menyusu dahulu sebelum transportation.
- Diladang penternak, letakkan anak arnab dalam nestbox induk angkat (8 atau 9 ekor). Pastikan pintu akses ke nestbox masih tertutup.
- Buka pintu akses ke nestbox selepas 30 minit “sesi orientasi” tadi.
- Periksa anak arnab untuk pastikan kesemunya telah menyusu dengan jayanya…
- Jika ada yang masih tidak menyusu, biarkan anak arnab tersebut di dalam nestbox bersama induk angkat.
- Kemudian barulah masukkan balik anak arnab yang lain tadi dan keluarkan induk angkat dari nestbox, tutup pintu akses untuk sesi penyusuan keesokkannya.
- Lakukan kawalan penyusuan ini selama sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari.
Nota kaki: Bagi penternak di Malaysia yang mana pengurusannya masih dilakukan secara konvensional dan kualiti pemakanan induk yang tidak mencapai standard, pembelian “one day old kits” tidak digalakkan. Ini kerana risiko kematian dalam kotak sehingga usia 8 minggu masih tinggi di sini. Namun di Goodtree Garden kami menjual anak arnab seawal usia 35 hari sekiranya pembeli bersetuju dengan risiko-risiko yang akan dimaklumkan secara verbal dan bertulis.