Banyak pihak yang telah kongsikan artikel sebegini dan banyak kekeliruan mula berlaku, malah situasi ini menjadikan masyarakat mula takut nak makan ayam. Mari kita rungkaikan satu persatu.

饾悐饾悶饾惂饾惒饾悮饾惌饾悮饾悮饾惂 饾煆 : “Pelik pun ada, apa kaitan ayam dengan cyst?”
饾悢饾惀饾悮饾惉饾悮饾惂:Terdapat banyak journal tentang study pemakanan dan PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) terutamanya Makanan GI tinggi, daging lembu, kambing, ikan, dan lain2 bukan hanya terhad ayam.Memandangkan ini berkaitan dengan ayam, saya kongsikan satu journal kajian tentang kesan memberi tikus makmal makan makanan ayam, ayam komersial dan ayam organik.Sumber: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28625952/…Kajian ini mendapati tikus yang memakan ayam komersial mempunyai pertumbuhan berat badan yang lebih besar, dan hormon testoterone yang tidak seimbang. Dari sini mereka menulis ia MUNGKIN boleh menyumbang kepada berlakunya PCOS (polycystic ovarian syndrome) di dalam manusia. Ada pelbagai lagi faktor2 berlakunya PCOS, antaranya termasuk overweight berat badan, thyroid disorder, dan lain-lain. Nasihat saya, makan apa yg halal sekalipun,makan secara berserderhana itu bagus.
饾悐饾悶饾惂饾惒饾悮饾惌饾悮饾悮饾惂 饾煇:Rupanya banyak jenis ayam yang ada, bukan setakat ayam segar dan ayam kampung di pasar je.
饾悢饾惀饾悮饾惉饾悮饾惂:Untuk pengetahuan umum, di pasaran ada: 1.ayam komersial/pedaging putih seperti cobb, ross, dan arbor acres.2. Ayam berwarna seperti Sasso dan lain-lain3. Ayam kampung AsliTiga jenis ayam inilah yang sering ditekan oleh Prof Azhar di UPM.Banyak perbezaan dari segi tekstur daging, tumbesaran, feed conversion ratio (fcr) dan lain-lain.
饾悐饾悶饾惂饾惒饾悮饾惌饾悮饾悮饾惂 饾煈:Ayam tanpa antibiotik dan hormon
饾悢饾惀饾悮饾惉饾悮饾惂: Ayam tanpa antibiotik dan hormon ini adalah salah satu strategi marketing dalam pasaran ayam pedaging. Ayam tanpa antibiotik boleh merujuk kepada dua maksud, 1. Ayam yang memang lansung tidak diberi antibiotik dari ayam berumur 1 hari hingga jual.2. Ayam yang diberi antibiotik untuk rawatan kerana ayam sakit, tetapi antibiotik sudah tidak ada dalam daging ayam tersebut kerana sudah melepasi tempoh ‘withdrawal period’. Setiap antibiotik mempunyai withdrawal period yang berbeza, ada yang 1 hari, ada juga yang 14 hari. Ayam hormon ini merupakan satu mitos dari zaman dahulu sehingga sekarang. TIADA penggunaan hormon untuk pembesaran ayam.Sebab itu saya cakap ia merupakan strategi marketing.
饾悐饾悶饾惂饾惒饾悮饾惌饾悮饾悮饾惂 饾煉:Ayam free range
饾悢饾惀饾悮饾惉饾悮饾惂:Ayam free range tu hanya merujuk kepada cara peliharaan ayam secara lepas bebas/ektensif. Ia tidak memberitahu apakah ubatan yang diberi atau lain-lain.
饾悐饾悶饾惂饾惒饾悮饾惌饾悮饾悮饾惂 饾煋:Di Eropah, ramai pesakit ada masalah antibiotic resistance, sakit dah lama, bagi macam-macam antibiotik yang kuat sekalipun masih tak jalan, jangkitan kuman masih ada.
饾悢饾惀饾悮饾惉饾悮饾惂:Ya, dan Eropah sekarang sudah kearah pengharaman penggunaan antibiotik yang digunakan pada manusia sebagai bahan pencegah penyakit haiwan ternakan pada tahun 2022. Hanya veterinar berlesen sahaja yang boleh meluluskan penggunaan antibiotik dalam ternakan.Malaysia juga telah MENGHARAMKAN penggunaan banyak jenis antibiotik di dalam ternakan antaranya seperti Vancomycin, Chloramphenicol, Nitrofurazone, Colistin dan banyak lagi.Pada tahun ini antibiotik yang turut kan diharamkan penggunaannya termasuk Erythromycin, Tylosin, Tilcomycin, Neomycin, dan Phospomycin.Akan lebih banyak antibiotik yang dilarang diberikan untuk tujuan pencegahan penyakit pada masa akan datang.Antibiotik tidak salah untuk digunakan, tetapi harus diguna secara berhemah iaitu ketika ayam sakit dan diberikan dos dan tempoh yang cukup (5-7 hari) bergantung kepada jenis antibiotik.Rata-rata penternak yang mempunyai pengurusan ladang yang baik akan jarang sekali gunakan ubat melainkan ayam sakit dan mengikut prosedur pemberian ubat dan withdrawal period yang betul.Jadi jangan risau.
饾悐饾悶饾惂饾惒饾悮饾惌饾悮饾悮饾惂 饾煍:Hormon tumbesaran diberikan kepada ayam melalui dedak, air atau suntikan
饾悢饾惀饾悮饾惉饾悮饾惂:Sekali lagi, TIADA hormon yang digunakan dalam industri ternakan. Ramai tertanya mengapa ayam pedaging cepat besar?Antara sebabnya ialah genetik baka, pembiakan secara terpilih, pemakanan berkualiti tinggi, penjagaan kesihatan ayam yang baik dan pengurusan ladang yang baik.Maafkan saya kalau ada kesilapan dan kekhilafan dalam penulisan ini.Semoga ia menjadi satu perkongsian yang bermanfaat kepada semua.
LINK ASAL:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6311788732226375&id=100001859337552
Dr Hezry Bin Haizad, Veterinar Ayam. https://web.facebook.com/1737421015/posts/10209026322412059/?_rdc=1&_rdr