Seperti biasa, pengurusan genetic sangatlah penting untuk meningkatkan lagi prestasi ladang yang akan diwarisi. Bukan hanya meninggalkan saka, tapi membawa keruntuhan aktiviti perniagaan. Baik, apa teknik pengurusan genetic yang baik? Salah satunya adalah dengan melakukan “crossbreeding”, ya, teknik ini akan memberi kelebihan kepada kita untuk menghasilkan ternakan yang mempunyai ciri-ciri yang kita mahukan.
Boleh jadi ada yang mahukan daging yang banyak, ada juga yang mahukan daging yang sedap, ada yang mahukan pengeluaran susu yang banyak, tapi tak kurang juga ada yang mahukan tempoh pengeluaran susu yang panjang dan stabil.
Itu serba ringkas berkenaan kelebihan teknik crossbreeding, dalam teknik ini juga ada beberapa aliran, jika anda mahu gunakan, antaranya;
- Two breed cross
- Backcross
- Three breed cross
- Rotational cross
- Composite breed
Walau apa teknik sekali pun, tiap kali ada yang bertanyakan pada saya, satu sahaja perkara yang saya tekankan, apa objektif aktiviti penternakan anda? Saya pasti anda sudah tentu mahukan sesuatu yang menguntungkan. Tetapi apakah yang anda kejar sebenarnya, jika daging adalah tujuannya tetapkan haluan, kita bincangkan pula breeding line yang bakal dijalankan nanti. Ya, ada jalan singkat dengan membeli purebred, jangan lepaskan peluang itu jika berkemampuan, tapi jangan lupa, ciptalah kedaulatan buat diri kita sendiri juga.