Komuniti penternakan

Pihak kami sedang membina komuniti penternakan yang mahu bersama bagi membangunkan baka Wagyu dan Angus di Malaysia. Setakat ini telah ada 6 orang penternak dengan lebih 50 ekor induk lembu telah disiap sedia untuk menjalani inseminasi buatan baka Wagyu dan Angus. Sudah tentu perjalanan ini akan melalui masa yang agak lama tidak kurang dari 5 tahun bagi melihat hasil yang diimpikan.

Kami percaya dengan kerja keras akan membuahkan hasil yang lumayan. Malah target saya untuk tahun ini adalah 500 ekor induk yang sedia untuk diinseminakan baka tersebut. Pada peringkat awal ini target untuk menghasilkan kelahiran F1 yang jantan akan dipasarkan dan yang betina akan disiap sediakan bagi kelahiran F2.

Pembinaan komuniti ini akan disokong dengan pengurusan data menggunakan penternak.my (yang mempunya rangkaian seperti berikut https://bitly.is/3B50tKb ) serta kajian yang sedang dilakukan dengan pihak universiti. Apa pun, kesemua usaha yang dilakukan sebenarnya adalah inisiatif yang diterajui oleh myternak-kekal sdn bhd yang kini beroperasi di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi (PPBGL) Universiti Malaya.

Kenapa usaha ini dilakukan? Terdapat banyak faktor yang memaksa kelahiran komuniti ini, antaranya;

  1. Permintaan pasaran yang sangat baik.
  2. Baka yang sukar untuk diperolehi.
  3. Nilai yang lumayan untuk dirasai oleh semua penternak.
  4. Peluang yang terbuka untuk semua mengusahakannya.

Ke mana akhirnya komuniti ini?

Permulaan komuniti ini dibangunkan bagi merebut peluang yang sedia terbentang luas. Dengan sokongan pasukan yang mahir dalam program pembiakan dan benih yang berkualiti yang akan digunakan, F1 yang lahir akan menghasilkan F2 da seterusnya. Pemantauan yang rapi akan dibuat selepas inseminasi buatan dilakukan dengan merekodkan data dan juga pemeriksaan kebuntingan akan dibuat pada tempoh yang tertentu.

Kalahiran anak akan direkodkan juga dan dikeluarkan sijil, pada umur 6 bulan anak tersebut akan dibeli oleh pihak yang menjalankan aktiviti feedlot. Dan seterusnya ternakan tersebut akan melalui program pemakanan yang khusus sebelum dipasarkan. Setelah habis program feedlot dilakukan, individu yang menjalankan perniagaan “butcher house” akan memilih ternakan tersebut dan diproses untuk dijadikan produk potongan daging premium, seterusya akan dipasarkan kepada pihak yang menjalankan perniagaan restoran yang bertemakan “steak house”.

Walaupun usaha ini masih awal, sebenarnya ianya telah berjalan sudah hampir 5 tahun sebelum ini dengan pembinaan tenaga mahir dalam pemotongan daging premium, kemudian kepada pembinaan komuniti pemasaran (yang kini sudah lebih 10 buah perniagaan yang bertemakan pemasaran daging premium), pembinaan laman untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam penternakan, pembinaan sistem perekodan data (yang akan memudahkan daya jejak dilakukan dan kepercayaan), siri kajian yang dilakukan dengan pihak universiti dan kini pembinaan komuniti penternak akan dilakukan dengan lebih giat.

Buat yang mahu bersama disebabkan minat dan melihat peluang, boleh ikut posting yang akan dilakukan seterusnya.

#myternakkekal
#meatxpert

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel