Satu inovasi yang dibuat menggunakan API Whatsapp menjadikan ianya sebuah kedai atas talian. Kami melihat inovasi ini bagus buat para penternak, pembekal alatan keperluan penternakan dan pembekal makanan ternakan. Sudah banyak jenama terkemuka menggunakan Yezza, anda mesti tidak mahu ketinggalan.
Antara fungsi yang disediakan oleh Yezza adalah:
- Mencipta pautan katalog produk anda.
- Borang pembelian.
- Menyusun atur data pembelian.
- Payment Gateway yang telah disediakan (yezza pay).
Kebiasaan empat elemen ini wujud dalam laman ecommerce seperti Lazada, shopee, dan lain-lain laman dagangan yang biasa anda guna. Namun jika anda sebagai pengeluar produk, menggunakan yezza anda boleh berhubung terus dengan pembeli. Perkhidmatan yang dekat dengan pembeli adalah lebih dipercayai dan diyakini dengan komunikasi yang lebih berkesan.
Pembekal daging segar boleh menawarkan penjualan melalui atas talian, pembayaran terus dibuat oleh pembeli, dan hanya perlu datang ambil ataupun dibuat penghantaran sahaja. Pembeli tidak perlu lagi berasak-asak untuk berebut daging yang ada, penjual sudah dapat pembeli yang membayar produk, pembayaran dilakukan dengan lebih selamat.
Perkhidmatan ini baru sahaja dilancarkan oleh pada 3 hari yang lepas, dan jangan lepaskan peluang anda untuk menggunakannya. Penternak perlu mempunyai satu sistem yang tersusun dan mudah untuk dicapai, sepertimana artikel sebelum ini “urus niaga hasilan ternakan dan etikanya“. Selamat mencuba Yezza.
Untuk mencuba Yezza, klik pautan ini
Baca juga artikel Penggunaan Whatsapp Business Untuk Para Penternak