Keguguran Pada Ternakan Apakah Faktornya

Ternakan boleh mengalami situasi tidak normal semasa bunting dan keadaan ini menyebabkan mumifikasi janin atau boleh menyebabkan sesuatu yang lebih buruk berlaku induk malah pada janin juga. Kebanyakan kes dimana, saat kebuntingan tamat lebih awal dari jangkaan dan janin keluar dalam keadaan tidak bernyawa, adalah dipanggil aborsi/keguguran.

Memandangkan terdapat banyak punca keguguran dan pengesanan keguguran dalam kawanan boleh berbeza-beza, bergantung pada sistem penternakan dan pola beranak, insiden keguguran pada peringkat kawanan juga berbeza-beza. Kajian telah menyatakan bahawa kadar keguguran sebanyak 5% atau lebih dalam kawanan harus dianggap sebagai indikasi masalah keguguran (Deas, 1981).

Penyebab keguguran telah diklasifikasikan oleh Boyd dan Gray (1992) seperti berikut:

Berjangkit:

  • Tidak spesifik
  • Spesifik

Pelbagai

  • Disebebkan ubat (Prostaglandin)
  • Permanian beradas/ infusi intra-uterus
  • Hipotiroidisme
  • Trauma/ tekanan (cuaca, pengangkutan,bising, rawatan dll)
  • Demam tinggi dan endotoksin (toksin tumbuhan, nitrat, toksin kulat, penyakit lain)
  • Nutrisi (malnutrasi, vitamin A/ selenium/ kekurangan vitamin E, goiter)
  • Kebuntingan kembar
  • Genetik (malformasi)

Kedua-dua penyebab keguguran iaitu tidak spesifik dan spesifik boleh membawa kepada “badai keguguran” dalam kawanan, sedangkan pelbagai faktor yang sering menyebabkan kes ini boleh merebak pada kawanan atau hanya individu sahaja. Agak mengelirukan untuk menetapkan satu faktor yang tertentu sahaja.

Antara ejen keguguran paling penting ialah:

  • Salmonellosis
  • Listeriosis
  • Leptospirosis
  • Neospora caninum abortion
  • Bovine Viral Diarrhoea (BVD)
  • Infectious Bovine Rhinotracheitis (IBR)
  • Campylobacteriosis
  • Fungal/mycotic abortion
  • Epizootic/chlamydial abortion
  • Trichomoniasis
  • Brucellosis

Namun di Malaysia Brucellosis boleh dikatakan antara penyebab utama keguguran boleh berlaku. Kajian menyatakan bahawa, patogen ini mungkin penyebab utama ketidaksuburan dalam ternakan. Brucellosis dimasukkan dalam senarai penyakit wajib lapor yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Keguguran disebabkan kulat dikaitkan dengan makanan yang tercemar atau secara sporadis, berlaku dalam wabak kecil, biasanya antara bulan kelima dan bulan ketujuh kebuntingan.

Untuk mengatasi masalah ini, para penternak perlu membuat pemerhatian dan catatan berkenaan tahap kesihatan ternakan pada tempoh yang tertentu. Langkah ini penting supaya kita dapat memahami apakah punca sebenar yang menyebabkan keguguran berlaku.

Sumber rujukan:

Boyd, H., & Gray, D. (1992). Fetal loss and abonormalities of pregnancy. In A. H. Andrews, R. W. Blowey, H. Boyd, & R. G. Eddy (Eds.), Bovine Medicine. Disease and husbandry of cattle (pp. 469–481). Oxford, UK; Ames, Iowa: Blackwell Science/Iowa State Press.

Deas, W. (1981). Non-brucella abortion in cattle. In Practice3(2), 14–19. https://doi.org/10.1136/inpract.3.2.14

Abortion in Cattle By Ahmed Tibary , DMV, PhD, DACT, Washington State University https://www.msdvetmanual.com/reproductive-system/abortion-in-large-animals/abortion-in-cattle

Abortions in Dairy Cattle – I: Common Causes of Abortions Ernest Hovingh, Extension Veterinarian, Virginia-Maryland Regional College of Veterinary Medicine, Virginia Tech, https://www.pubs.ext.vt.edu/404/404-288/404-288.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *