Urus Niaga Hasilan Ternakan Dan Etikanya

Artikel ini disediakan oleh: Mohd Shahrir Mustapha

Dalam kehidupan seharian, aktiviti mencari keuntungan melalui sesuatu adalah lumrah kehidupan bagi menampung kelangsungan seharian kita. Namun, ianya akan bermasalah apabila aktiviti tersebut tidak mempunyai etika apabila keuntungan hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja. Kami gariskan empat unsur yang perlu ada dalam urusan perniagaan hasilan ternakan ladang anda, supaya anda kelihatan beretika dan profesional dalam bidang tersebut.

Gambar, sediakan gambar yang menarik yang bebas dari unsur penganiayaan terhadap ternakan. Elakkan gambar ternakan yang disembelih dan berdarah (kerana ada pelanggan yang tidak suka darah tapi suka makan daging sahaja). Pihak Facebook dan beberapa entity lain telah menggariskan penganiyaan terhadap haiwan, jika gambar anda mempunyai unsur sedemikian, urusan jual beli anda tidak berjaya. Sila letak gambar yang menarik.

Harga, tidak perlu disembunyikan, tidak perlu “pm tepi”, perniagaan yang meragukan akan menimbulkan kecurigaan kepada pembeli. Anda akan dicop sebagai scammer, terus terang sahaja harganya sekian dan sekian. Pembeli yang memang mahu membeli akan membeli dengan kemampuan. Sesi tawar menawar boleh dilakukan, tiada pihak yang merasa rugi. Pasti perniagaan anda mendapat berkat dan makin berkembang.

Lokasi, nyatakan juga lokasi, supaya pembeli jelas di mana dan bagaimana mereka akan dapat produk tersebut. Nak lagi cun, anda boleh sediakan link google location, tepat lokasi anda. Pembeli boleh buat kiraan kos perjalanan dan juga persediaan berkaitan dengan undang-undang boleh diurus dengan lebih baik.

No telefon, ini paling penting, buat anda yang berniaga sediakan no telefon perniagaan anda, asingkan dengan no telefon peribadi. Gunakan teknologi yang disediakan seperti aplikasi whatsaap dan telegram. Info bonus, jika anda guna whatsapp, buat link no telefon whatsapp anda, “https://api.whatsapp.com/send?phone=” (salin link ini) kemudian letak no telefon anda tanpa jarak selepas “=” dengan no telefon “601…….”. pembeli hanya perlu tekan link sahaja untuk whatsapp anda.

Empat unsur tersebut boleh digunakan pada whatsapp business anda, mudah dan lebih menyenangkan para pembeli, kredibiliti anda sebagai seorang peniaga yang boleh dipercayai. Admin kumpulan penternak boleh ketengahkan empat unsur ini dalam setiap posting penjualan ternakan dan fb group.

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel