Dalam bidang latihan dan pendidikan menghadapi COVID-19 mereka boleh lakukan kelas secara atas talian. Tetapi, sediakan bahan mengajar terlebih dahulu secara video record, slide show, assignment task dan juga quiz. Peserta boleh ikuti kuliah bila-bila masa, senarai silibus dapat dilihat dan boleh lihat mana yang belum habis, persoalan dari peserta dapat direkodkan dan dianalisis kualiti setiap latihan, banyak lagi yang boleh dianalisis.
Terdapat pelbagai aplikasi yang membolehkan kelas berjalan seperti biasa, antaranya:
- Edmodo
- Canvas
- Google Classroom
- Blackboard Learn
- ClassDojo
- Moodle
Ataupun, boleh juga bangunkan laman web sendiri yang mempunyai fungsi-fungsi sepertimana 6 contoh di atas. Nak buat jangan lupa, ajak kami bersama, nak join sama tak nak ketinggalan untuk saham akhirat. Pembinaan website sendiri amat mudah pada masa kini, dengan hanya menggunakan wordpress satu laman web pendidikan dapat dibina, anggaran kos pembinaan di bawah RM 1000.00 sahaja.
Terdapat banyak kemudahan dan kecanggihan yang telah terbentang pada 2020, amat rugi jika peluang ini tidak direbut dengan lebih awal. Satu persoalan disini, ada sesiapakah yang berminat untuk mengikuti kursus penternakan melalui atas talian?