Hidup tak selalunya senang, untuk senang anda perlulah berusaha, dan mencari ilmu bagi mengurangkan kesusahan yang dihadapi. Dalam memanjat tangga kejayaan dalam penternakan, anda perlu sedar cabaran yang dihadapi adalah bertali arus, sehinggalah anda akan rasa putus asa dan melihat penternakan adalah sesuatu yang merugikan. Sebelum itu, anda perlu susun strategi mengadapi rasa putus asa tersebut, memikirkan masa hadapan mengusutkan jiwa. Kami utarakan 3 “payung” untuk penternak menghadapi “hujan” yang bakal mendatang.
Insuran adalah instrument yang tak boleh para penternak pandang lekeh. Tidak tahu apa yang akan terjadi, memikirkan keadaan yang sempit memeningkan kepala. Terdapat banyak produk insuran yang ditawarkan, namun yang berjaya menarik perhatian kami adalah pihak Agrobank, mereka dekat dengan golongan penternak, petani dan nelayan.
Pelan perlindungan kemalangan diri dijenamakan sebagai Takaful Kasih Plus yang disediakan oleh pihak Agrobank menawarkan bayaran sumbangan takarul serendah RM0.03 sehari. Mempunyai 6 pelan menarik mengikut pilihan pelanggan, ianya memberi perlindungan kemalangan menyeluruh sehingga RM306,000.00, dan perlindungan yang ditawarkan adalah 24 jam seluruh dunia.
Bagi yang berminat sila layari https://www.agrobank.com.my/my/product/takaful/
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau EPF (Employees’ Provident Fund) memberi kelegaan kepada golongan pekerja swasta atau usahawan terutamanya para penternak. Pihak KWSP ada menawarkan skim caruman sukarela. Apa yang menarik pada skim ini, tiada had minimum bayaran, bermaksud pada setiap bulan, anda boleh sahaja mencarum seberapa mampu yang anda inginkan.
Pembayaran pada masa kini lebih mudah dengan wujudnya sistem perbankan yang mengintegriasikan kepada KWSP, anda boleh menggunakan Maybank, Public Bank, CIMB, Kuwait Finance House, RHB Bank dan Bank Muamalat. Nanti pada umur 55 tahun anda boleh dikeluarkan caruman sepenuhnya. Jangan lupa, bilih simpanan yang patuh Syariah juga.
Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh melayari portal KWSP pada pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution
ASBN, menyediakan 14unit amanah sebagai pelaburan. Memilih pelaburan yang berisiko lebih kepada skim cepat kaya adalah tindakan yang akan membawa kepada mudharat yang nyata. Siapa yang tak mahu cepat kaya, namun untuk mencapat matlamat tersebut, anda seharusnya meneliti dan menabah ilmu untuk mendapatkan kekayaan dalam keadaan risiko yang kurang.
ASBN menyediakan tempat pelaburan yang lebih terjamin, walaupun pulangan yang diberi pada kadar yang berubah-ubah, itulah risiko melabur pada instrument komoditi. Sedar tidak sedar, penternakan juga adalah sebuah komoditi. Buat para penternak, laburlah pada tempat yang betul.
Untuk memahami dan meneliti harga unit yang tetap dan berubah-ubah, layari https://www.asnb.com.my/asnbv2_0index.php
Diharap dengan tiga payung ini boleh mengurangkan sedikit kekusutan jiwa anda apabila memikirkan masa hadapan. Apa pun, masa kini yang dihadapi amatlah penting, jangan putus asa kerana kejayaan bakal menjelma. Mungkin geng penternak ada payung lain? boleh cerita juga ya.