Sumber gambar: thefluffygroup
Artikel ini disediakan oleh: Aisya Ridha
Apa itu ‘tonic immobility’ atau ‘trance’ pada arnab?
Arnab haiwan yang diburu dan dijadikan makanan oleh haiwan pemangsa. Oleh sebab tersebut arnab mempunyai mekanisme mempertahan diri dipanggil ‘trance’ atau ‘tonic immobility” atau dalam keadaan kaku.
Pada pandangan luaran, arnab ini kelihatan tenang, namun pemerhatian saintifik mendapati arnab ini dalam keadaan stress yang teramat. Mekanisme ‘trance’ ini menyebabkan pernafasan serta denyutan jantung arnab meningkat dan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Bilakah arnab bertindak melakukan ‘tonic immobility’?
Jika anda meletakkan arnab pada kedudukan yang mana anggota bawah arnab berada lebih tinggi dari kepala atau kedudukan arnab terbaring menggunakan menggunakan belakangnya, secara automatik arnab akan menjadi kaku (tonic). Keadaan ini bukan tindakan voluntary (sukarela) tetapi tindakbalas semulajadi pada arnab. Peningkatan denyutan jantung dan pernafasan adalah kerana arnab dalam keadaan bersedia untuk lawan atau lari (fight-or-flight).
Semasa menggantung arnab untuk kaedah sembelihan menggantung kedua kaki belakang ke atas, arnab juga mungkin meronta dan menyebabkan kecederaan. Sekiranya anda sudah mahir mengendalikan arnab ini sendirian, anda masih menyebabkan kecederaan kepada arnab apabila ia dalam kedudukan kepala ke bawah kerana mekanisme ‘trance’ tersebut.
Apa kesan stress kepada daging arnab?
Ini ‘meat science’. Asid laktik yang dirembeskan oleh otot arnab akibat stress membantutkan perkembangan bakteria yang mungkin mencemari daging semasa proses pengendalian serta penyembelihan. Bakteria ini kemungkinan dari strain yang mengakibatkan keracunan makanan,atau sekiranya bakteria lain, ia masih memendekkan ‘shelf life’ daging arnab. Semoga bermanfaat.
Layari laman web goodtreegarden.com untuk membaca banyak lagi info berkenaan arnab.
Baca juga artikel berkaitan arnab di sini.