Lima Teras Kebajikan Haiwan Adalah Tanggungjawab Kita

Sumber gambar: DVS


Di Malaysia, isu kebajikan haiwan terutama kekejaman haiwan seringkali mendapat perhatian dan paparan media. Anda ingat lagi nasib kucing dobi? Ini memperlihatkan kesedaran berkiatan kebajikan haiwan sudah menjadi perhatian masyarakat Malaysia kebelakangan ini. Untuk memperlihatkan kita semakin serius dengan kebajikan haiwan, Malaysia telah menguatkuasakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722) pada 1 Julai 2017 yang lalu.

Lima (5) teras bagi kebajikan haiwan adalah seperti berikut;

  1. Persekitaran sesuai,
  2. Diet sesuai,
  3. Membolehkan mempamer corak kelakuan semulajadi,
  4. Haiwan ditempatkan bersama atau berasingan dan
  5. Dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan atau penyakit

Kebajikan haiwan meliputi skop yang luas ianya meliputi aspek pemeliharaan, pengangkutan, penyembelihan, pembiakan dan pemusnahan haiwan. Ianya juga merangkumi kesemua jenis haiwan untuk pelbagai kegunaan seperti ternakan, haiwan kesayangan, haiwan rekreasi, haiwan akuatik, hidupan liar dan juga haiwan yang diguna untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran.

Semoga masyarakat Malaysia dapat menerapkan budaya penyayang dan prihatin terhadap kebajikan haiwan, sama seperti negara maju lain pada masa akan datang. Sebarang aduan berkaitan kebajikan haiwan boleh diajukan terus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan dengan anda. Sebagai seorang penternak, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab kebajikan ternakan yang kita miliki.

Sumber rujukan:

Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2012-2020, oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, 2012, http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_1/DVS%20pdf/Kebajikan%20Haiwan/Buku_Pelan_Strategik_Malay_(1).pdf

Akta Kebajikan Haiwan 2015 berkuat kuasa, oleh Berita Harian, Nursyahirah Marzuki, 2017, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/303380/akta-kebajikan-haiwan-2015-berkuat-kuasa

Baca juga artikel Teori Pengurusan Pemakanan Ternakan

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel