Teori Pengurusan Pemakanan Ternakan

Makanan adalah satu keperluan untuk sesuatu kehidupan supaya terus membesar dan membiak. Ingin diingatkan juga, hampir 80% kos tanggungan ladang adalah pengurusan makanan ternakan. Untuk itu pengiraan kos makanan bagi ternakan adalah mesti bagi setiap ladang supaya untung rugi dapat dilihat dengan lebih jelas.

Secara teori, 10% daripada berat badan adalah keperluan pemakanan ternakan, dan daripada 10% dipecahkan lagi 80% forage dan 20% konsentrat. Sebagai contoh berat lembu anda adalah 300kg, rumput yang diperlukan adalah sebanyak 24kg dan 6kg adalah konsentrat. Di sini, kita melihat keperluan konsentrat begitu tinggi, dan kita boleh olah keperluan rumput kepada 26kg dan konsentrat 4kg.

Selain itu, kita juga wajib mengira hasil tuai rumput di kawasan kita. Mengambil kira rumput jenis Bracharia Humidicola boleh menghasilkan sekitar 10 tan/ekar/bulan. Sumber makanan yang ada, boleh memberi kita gambaran, berapakah jumlah maksima bilangan ternakan yang mampu kita ada untuk tempoh yang tertentu.

Keperluan penyelenggaran kawasan rumput juga perlu diambil kira, aktiviti penyelenggaraan mampu menghasilakn kualiti rumput yang baik, seterusnya menghasil ternakan yang baik. Sifat-sifat tanah juga perlu difahami agar masalah ternakan kurus tidak disalahkan kepada konsentrat dan juga masalah cacing semata-mata. Hasil tuaian rumput juga perlu dipantau bagi menilai prestasi dari masa ke semasa kualiti rumput.

Namun begitu, keperluan ternakan adalah berbeza pada setiap peringkat produktiviti (anak baru lahir, pembesaran, penggemukkan, bunting, dan induk) yang kita mahukan. Dengan itu, dengan mempelajari ilmu pemakanan ternakan merupakan perkara wajib bagi setiap penternak. Hasilan rumput yang berlebihan boleh dijadikan perniagaan perkhidmatan pembekalan rumput segar kepada ladang-ladang yang memerlukan atau dijadikan silage bagi menghadapi musim kemarau dan juga hujan.

Sumber rujukan: 
1. fao 
2. dvs 
3. Bumi Barakah Agro 
Baca juga aritikel Keperluan Air Untuk Ternakan Anda

Penafian: Kiraan ini hanya anggaran semata-mata dan sudah pasti tidak tepat, fokus kepada pengurusan masa dan kekerapan pemakanan ternakan sahaja. Saja ja suruh bincang perkara macam ni, dari bincang isu S#J@TL@P#T.

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel