Anemia atau masalah kekurangan darah merah boleh terjadi pada ternakan lembu kambing dan bebiri, dan kebarangkalian untuk berlaku pada semua peringkat produktiviti ladang (pembesaran, bunting, kelahiran, pengeluaran susu) adalah tinggi. Kekurangan darah terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Untuk mengenal pasti ternakan yang dalam keadaan anemia, terdapat tanda klinikal yang tersembunyi dan tanda klinikal yang jelas, antaranya ternakan kelihatan murung, bulu kelihatan kusam, kurang selera makan, pucat (boleh dilihat pada keadaan gusi dan mata), penghasilan yang semakin berkurangan, terbaring, pada tahap yang semakin teruk ada yang kekejangan dan mati.
Seperti yang ditanyakan sebelum ini, terdapat banyak faktor kekurangan darah merah ataupun hemoglobin. Antaranya seperti berikut:
- pendarahan pada abomasum disebabkan oleh ulser,
- kecederaan pada hati dan limpa,
- luka,
- tulang patah,
- dan juga masalah parasit (seperti cacing, kutu, hama, sengkenit, dan parasit darah).
Kesemua faktor tersebut boleh diperhatikan dan dikelaskan kepada tempoh kejadian pantas ataupun lama. Faktor yang disenaraikan ini adalah faktor yang biasa terjadi, namun ada kemungkinan faktor lain juga boleh berlaku.
Rawatan yang boleh dijalankan adalah perpindahan darah, pemberian air yang mencukupi, makanan tambahan yang mengandungi zat besi (iron), vitamin, dan makan yang mencukupi. Tindakan rawatan boleh dilakukan setelah pengamatan kepada punca sebenar telah diputuskan. Dapatkan khidmat nasihat daripada veterinawan bertauliah yang berdekatan dengan anda. Diagnosis boleh dilakukan dengan melihat keadaan darah merah dibawah mikroskop, memerhati tinja, dan menilai beberapa faktor kualiti darah.
Anemia boleh dihalang dengan penemuan tanda awal, pengurusan ladang perlu melakukan aktiviti kesihatan gerompok seperti melihat keadaan gusi ternakan. Pemberian mineral yang mencukupi dan juga mengawal jangkitan parasit pada ternakan. Anemia adalah masalah yang berpanjangan, dan kesan buruknya disedari apabila keadaan ternakan sukar untuk diubati.
Sumber rujukan:
1. Steven L. Marks , BVSc, MS, MRCVS, DACVIM, North Carolina State College of Veterinary Medicine; Allison Kendall , DVM, MS, DACVIM, North Carolina State University, Â Anemia in Animals msdvetmanual.com
2. Author links open overlay panelJ.G.ArchibaldK.J.KucinskiR.O.BrookeS.L.Freeman, Nutritional Anemia in Cattle in Southeastern Massachusetts, 1938, sciencedirect.com
3. Bovine Anaemia – Theileria, thecattlesite.com
Baca juga artikel Parasit External Pada Ruminan