Afrika Selatan Larang Aktiviti Lelongan Ternakan FMD

Afrika Selatan – telah mengenakan larangan selama dua bulan bagi pergerakan mana-mana ternakan jenis lembu, bebiri dan spesies lain berikutan wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) pada tahun 2019. Menurut laporan dari Reuters, Menteri Pertanian Afrika Selatan Thoko Didiza telah memutuskan larangan selama 4 bulan pada aktiviti pasar lelong ternakan setelah FMD dilaporkan menular di Limpopo.

Menurut kenyataan yang disiarkan pada 17 Februari yang lalu, beberapa ladang yang terjejas tetap dikuarantin dan sebarang lelongan ternakan pada masa akan datang memerlukan permit dan dokumentasi yang akan ditetapkan. Pada Januari 2020, seorang penjual ternakan telah ditangkap kerana disyaki melanggar larangan itu, dengan kesalahan menjual ternakan dari wilayah utara, di mana wabak tersebut bermula. Wabak itu menyebabkan negara jiran mula mengharamkan import haiwan dari Afrika Selatan.

Afrika Selatan menyasarkan pasaran utama ternakan keluaran mereka adalah kepada Timur Tengah dan China. Sektor lelongan ternakan Afrika Selatan dianggarkan bernilai hampir 81 bilion rand ($ 5.44 bilion) setahun. Penyakit kaki dan mulut adalah penyakit yang berpunca daripada virus, yang boleh menyebabkan tempang dan luka pada lembu, biri-biri (pembawa) dan haiwan lain yang berkuku. Namun virus ini tidak menjangkiti manusia. Jika wabak FMD ini tidak dapat dikawal dengan baik, sudah pasti hasil $5.44 bilion setahun tidak dapat dicapai lagi.

Sumber news.trust.org

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel