Larangan import oleh negara China terhadap ternakan ruminan Iraq

Sumber gambar: rueters.com

China telah melarang import langsung dan tidak langsung ternakan ruminan serta produk berkaitannya dari Iraq, hal ini disebabkan oleh wabak penyakit lidah biru (bluetongue), seperti yang dilaporkan oleh Reuters yang dipetik daripada kenyataan Pentadbiran Kastam Umum Negara China.

Tindakan ini berikutan laporan dari Iraq kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia setelah penyakit tersebut ditemui pada ternakan kambing, kata kastam China dalam pengumuman bertarikh 26 Januari yang lalu.

China juga telah melarang import seperti itu dari Belgium dan Belanda selepas wabak virus yang menyebabkan demam dan ulser mulut serta dalam beberapa kes mengakibatkan lidah haiwan itu menjadi kebiruan. Penyakit tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kepada kambing dan lembu dan secara tidak langsung merugikan para penternak dan juga negara.

sumber: thecattlesite