Cara Membuat Silaj Bekalan Makanan Ternakan

Artikel ini disediakan oleh Razak Bin Harun

Salah satu strategi bekalan makanan ternakan mecukumi adalah dengan membuat simpanan silaj. Secara ringkas, silaj adalah rumput yang disimpan melalui proses fermentasi (penapaian) kebiasaan dilakukan dalam tempoh selama 14 hari. Hasil daripada fermentasi ini, rumpun akan berbau masam manis, ini adalah hasilan daripada karbohidrat yang ditukarkan kepada asid organik. Sesuai untuk diberi kepada semua jenis ternakan ruminan besar dan kecil.

Silaj boleh dihasilkan melalui konsep fermentasi dengan menyediakan bekas (ada yang menggunakan tong, plastik, tangka air) atau kawasan (seperti lubang ataupun silo) yang akan menghalang kehadiran oksigen untuk menghasilkan suasana  anaerobik. Ketika ini bakteria yang mampu hidup dalam keadaan anaerobic akan bekerja untuk menukarkan karbohidrat kepada asid organik, dan menguraikan fiber (rumput), ini memudahkan penghadaman makanan ternakan.

Malah, melalui silaj juga, makanan ternakan boleh disimpan dalam tempoh yang lama (enam bulan dan lebih lama mengikut cara penyimpanan yang dilakukan). Namun nilai nutrisinya tidak sama dengan keadaan rumput segar yang diberikan. Namun ianya bukan masalah besar, kita boleh tambah nilai nutrisi tersebut menggunakan pallet makanan ternakan yang banyak dipasaran sedia ada sekarang.

Musim kemarau dan musim hujan sesuai digunakan, malah pada apa sahaja situasi kecemasan yang lain, silaj adalah penyelamat buat penternak. Sekarang sudah ada banyak pihak yang mengeluarkan produk silaj, boleh ditempah dan dihantar terus ke ladang. Untuk kos yang lebih rendah, anda boleh buat silaj seperti Langkah berikut:

#BAHAN_UTAMA

1. NAPIER(RUMPUT GAJAH)

2. BATANG JAGUNG

3. SEGALA JENIS RUMPUT

4. CAMPURAN DAUN KAYU

#BAHAN_BAHAN

1.  Batang jagung/DLL – +-70kg ( 1 tong drum)

2. Molasses – +-500 ml

3. Garam kasar – +-500 gram

4. Air – +-300 ml (+-bergantung pada tahap kebasahan batang jagung)

5. EM (Effective Microorganisms)- 50ml

#CARA_CARA

1. Cincang/mesin batang jagung/DLL

2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara/Tong Drum/Plastik

3. Siram dengan larutan molasses(500ml) + garam kasar(500ml) + air(500ml) +EM(50ml)

4. Tutup rapat (kedap udara).

5. Peram 21 hari(+-)

#UNTUK_MAKANAN

1. Lembu

2. Kerbau

3. Kambing

4. Biri

5. Rusa

6. Dan Segala Ruminan

Selamat mencuba.

Baca juga artikel Strategi Penternak Menghadapi Musim Kemarau

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel