Cuaca adalah nikmat yang tuhan berikan, dan perlu kita urus dengan baik. Urus cuaca bagaimana nak menghadapi masalah atau kekurangan yang bakal dihadapi pada musim tertentu. Musim kemarau bertentangan dengan musim hujan atau banjir.
Masalah cuaca yang akan dihadapi kebiasaan adalah sama, seperti: masalah bekalan makanan, implikasi kos, masalah kesihatan dan lain-lain lagi. Kesemua masalah tidak akan jadi masalah jika kita mempunyai plan persediaan dan penyelesaian. Berikut adalah enam (6) strategi yang dicadangkan kepada penternak bagi menghadapi musim kemarau:
- Ragutan bertempoh, buat penternak yang memiliki kawasan yang luas, ragutan secara bergilir perlu dilakukan dan tempoh aktiviti tersebut perlu dihadkan bagi mengurangkan stoke haba dan juga kehabisan bekalan rumput segar.
- Bekalan rumput segar, bagi penternak yang memiliki kawasan yang tidak cukup luas untuk ragutan, pengurusan secara “cut and carry” adalah yang terbaik. Ternakan urus secara intensif, pengurusan sumber rumput perlu ditingkatkan.
- Bekalan silage perlu disiap sedia sebelum musim kemarau. Kini sudah ada pihak yang menjalankan perniagaan membekal silage. Produk ini memiliki kandungan kelembapan yang tinggi dan rasa yang sedap untuk ternakan. Silage juga boleh disimpan lama.
- Bekalan konsentrat, jenis makanan campuran yang mempunyai nutrisi lengkap dan boleh disimpan lama. Implikasi kos yang tinggi, namun boleh menyelesaikan masalah kekurangan bahan makanan dari hijauan.
- Bekalan air, sumber yang diperlukan setiap ternakan. Penternak perlu tahu berapa liter air yang diperlukan oleh ternakan pada musim normal. Buat simpanan anggaran jumlah air yang diperlukan.
- Persediaan kos, seperti biasa implikasi kos akan meningkat pada musim kritikal seperti mana musim bajir/ hujan. Keputusan untuk kurangkan populasi mungkin salah satu pilihan yang perlu diambil.
Urus cuaca dengan baik, semoga persiapan awal dapat dilakukan dengan lebih baik, semoga kesan kemarau dapat dihadapi dengan tenang. Penternak juga boleh rujuk aplikasi kaji cuaca bagi memberi anggaran keadaan cuaca yang bakal dihadapi, antara laman sesawang yang boleh dirujuk adalah:
- Jabatan Meteorologi Malaysia
2. The Weather Channel
Sumber rujukan: