Atritis adalah keadaan keradangan pada sendi, dan sering dikaitkan dengan jangkitan bakteria atau virus. Selain itu, trauma juga boleh menyebabkan masalah artritis ini berlaku.
Sebilangan besar bakteria boleh menjangkiti sendi. Kebanyakannya ialah bakteria yang biasa dijumpai pada kulit, najis dan tanah. Erisipelotriks dan Chlamidophila biasanya dijumpai pada Berbiri. Erisipelotriks adalah salah satu “dip inhabitant” yang ada pada berbiri yang masuk melalui proses menggunting bulu, aktiviti menanda, luka dan tercucuk ranting kayu. Chlamydophila pula diperoleh melalui hidung, mulut atau boleh melalui mata.
Atritis pada kambing juga dikenali sebagai “Big Knee” yang disebabkan oleh virus Caprine Arthritis and Encephalitis (CAE) dan biasanya menjangkiti kambing susu berbanding kambing pedaging yang biasanya untuk dieksport.
Jangkitan ini biasanya merebak melalui aliran darah dan seterusnya boleh menjangkiti hampir kesemua rongga sendi. Sesetengah jangkitan pada sendi dapat sembuh secara rawak dan tidak mengakibatkan kerosakkan kekal, namun ada juga jangkitan pada sendi berlanjutan dan menyebabkan tempang kekal atau komplikasi lain.
Gejala dan Diagnosis
Antara gejala jika ternakan dijangkiti ialah sakit pada sendi ketika bergerak dan juga pergerakan menjadi terbatas. Selain itu, sakit dan bengkak pada satu sendi atau lebih, merupakan gejala pada peringkat awal dan boleh sembuh dalam beberapa hari, tetapi kebiasaanya berlanjutan, jika berlaku pada sendi lutut dan sendi keting.
Pada peringkat awal, cecair sendi akan bertambah dan menjadi kurang pekat berbanding normal. Seterusnya cecair itu akan menjadi keruh dan membeku pada rongga sendi. Lapisan sendi kemudiannya menjadi licin dan lembut serta kemerahan. Jika keradangan ini berlanjutan, ia akan megakibatkan hakisan pada permukaan sendi, terutamanya pada bahagian margin. Kapsul sendi menebal menyebabkan sendi kelihatan lebih besar dari normal. Tulang-tulang kecil dan kartilage akan mula melekat pada sendi. Jika haiwan itu mengalami ketempangan yang kronik, otot pada kaki yang terjejas akan megalami atrofi (mengecut).
Bagi diagnosis, beberapa spesimen perlu diambil untuk mengenalpasti patogen. Antara spesimen yang perlu diambil secara aseptik ialah cecair sendi, sendi dan cecair sera daripada ternakan yang sembuh.
Rawatan
Bagi kes kronik yang mana perubahan pada sendi tidak boleh dipulihkan, dan rawatan tidak memberi kesan yang memberangsangkan. Antibiotik Oxytetracycline disyorkan bagi merawat kes diperingkat awal, penggunaan penisilin atau eritromisin juga mungkin lebih berkesan dalam beberapa keadaan.
Pencegahan
Bagi rutin pencegahan, ia berdasarkan meminimumkan risiko terjadinya luka, kecederaan traumatik dan memastikan kesihatan ternakan dalam keadaan optimum. Vaksinasi juga mampu mencegah penyakit seperti erisepelas atritis pada anak kambing.
Spesis:
- Lembu
- Kambing
- Biri – biri
Nama lain:
- Erisipelas Atritis
- Sakit sendi
Sindrom:
- Tempang
- Bengkak pada badan dan kaki
Sumber rujukan:
Bicalho, R. C., Machado, V. S., & Caixeta, L. S. (2009). Lameness in dairy cattle: A debilitating disease or a disease of debilitated cattle? A cross-sectional study of lameness prevalence and thickness of the digital cushion. Journal of Dairy Science, 92(7), 3175–3184. https://doi.org/10.3168/jds.2008-1827
APHIS. (2008, May). Caprine Arthiritis Encephalitis Virus – Information Sheet. Veterinary Services, Centre for Epidemiology and Animal Health. Retrieved from https://www.aphis.usda.gov/animal_health/emergingissues/downloads/prcaevinfosheet.pdf
Peterhans, E., Greenland, T., Badiola, J., Harkiss, G., Bertoni, G., Amorena, B., … Pépin, M. (2004). Routes of transmission and consequences of small ruminant lentiviruses (SRLVs) infection and eradication schemes. Veterinary Research, 35(3), 257–274. https://doi.org/10.1051/vetres:2004014
Baca juga artikel Pusat Bengkak Sendi Bengkak, Joint Ill (Navel Ill)