
Bulatan merah menunjukkan kawasan yang biasa mengalami masalah ini
Penyebab
Joint ill dan juga navel ill biasa terjadi kepada ternakan (kebiasaan lembu dan kambing) yang baru lahir (umur 1 minggu). Ini disebabkan oleh jangkitan pada tali pusat ketika kelahiran (dalam tempoh 1 minggu).
Tanda-tanda
Pusat Bengkak (Navel ill)
Jika jangkitan hanya tertumpu kepada kawasan pusat, tanda utama yang akan
kelihatan adalah bengkak, dan tali pusat kelihatan lembap, bernanah. Anak
ternakan akan hilang selera dan juga suhu badan meningkat dan tinggi.
Sendi Bengkak (Joint ill)
Kebarangkalian jangkitan yang terjadi dikawasan pusat akan merebak kepada
kawasan sendi melalui bebuluh darah boleh terjadi.
Kejadian ini akan menyebabkan ternakan tempang dan sukar untuk berjalan. Sendi kelihatan bengkak terasa sedikit panas (suam) apabila disentuh. Tanda depress dan juga kurang selera makan boleh menggangu pembesaran ternakan.
Rawatan dan langkah menghalang
Rawatan awal perlu dilakukan bagi mengurangkan kesan jangkitan dan menghalang jangkitan terus merebak. Ternakan yang dijangkiti disarankan dipindahkan ke kawasan kuarantin. Pemberian antibiotik, dan juga anti keradangan boleh diberikan mengikut saranan doktor Veterinar. Kawasan yang bernanah perlu dibersihkan. Kawasan yang kerap berlaku perlu dibasuh menggunakan bahan yang boleh nyah kuman menggunakan dose yang betul bagi menghalang kerintangan.
Sumber Rujukan:
1. msdvetmanual.com
2. thecattlesite.com