Strategi Pemasaran Hasilan Ternakan Semasa Covid-19

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada aktiviti perniagaan hasilan ternakan terutamanya kepada aktiviti pemasaran. Namun kita perlu keluar daripada kebiasaan yang dilakukan sebelum PKP terlaksana kepada sesuatu yang lebih selamat dan berkesan. Kami senaraikan beberapa cadangan yang mungkin anda boleh guna untuk meningkatkan lagi pemasaran produk hasilan ternakan.

Kenal pasti pelanggan anda

Dalam lingkungan capaian perkhidmatan anda, dapatkan seberapa banyak individu yang memerlukan produk anda, seperti susu segar, telur dan daging ayam kampung, daging lembu kambing dan pelbagai lagi. Barangan keperluan ternakan, seperti makanan, peralatan dan ubatan juga tidak ketinggalan. Sediakan poster ringkas yang memperlihatkan produk anda dan lakukan edaran melalui fizikal ataupun secara maya.

Ambil tempahan awal

Tempahan awal boleh dilakukan supaya mudah untuk anda menyusun produk dan mendapatkan bekalan. Anda boleh buat borang untuk dapatkan jumlah produk yang diinginkan menggunakan google form, dan juga Microsoft form, bayaran boleh dilakukan melalui bank transfer. Pembayaran yang telah dilakukan, produk terus dibungkus dan bersedia untuk diserahkan.

Berhubung menggunakan aplikasi sosial

Aplikasi sosial seperti Facebook, Whatsapp, dan Telegram adalah aplikasi utama yang kebanyakan masyarakat guna untuk berkomunikasi pada hari ini. Mereka juga menyediakan fungsi untuk berniaga, anda boleh buat katalog menggunakan Whatsapp Business, dan Facebook page. Pemasaran anda lebih mudah, kongsi sahaja poster digital anda pada group whatsapp dan group facebook komuniti anda, pasti ada yang akan bertanya khabar.

Bekerjasama dengan perkhidmatan penghantaran

Tidak lupa juga, jika tempahan semakin banyak, dan semakin kerap, anda akan hilang fokus. Kembangankan lagi perniagaan anda dengan sesiapa sahaja yang menyediakan perkhidmatan penghantaran, boleh saja anda minta mereka edarkan poster bersama-sama barangan penghantaran lain. Kerja anda akan lebih berkesan dan berkembang dengan lebih baik. Selain itu, kerja penghantaran ini boleh memberi peluang pendapatan kepada orang lain.

Dapatkan info berkenaan PKP

Tujuan utama PKP dijalankan adalah untuk memutuskan penyebaran wabak, melalui PKP inilah anda dapat kurangkan tempoh pendedahan anda kepada sesiapa sahaja yang menyebarkan wabak. Wabak mempunyai tempoh yang tertentu untuk aktif, kurangkan tempoh anda terdedah kepada faktor penyebaran ini. Dapatkan info yang betul dan faham dengan betul, supaya perniagaan yang dilakukan boleh diteruskan.

Guna Yezza

Kesemua cadangan ini anda boleh lakukan melalui Yezza. Sistem ini dibangunkan untuk anda melakukan pemasaran dan penjualan dengan lebih mudah, hanya tiga langkah yang perlu anda buat:

Daftar

1. Anda upload gambar produk & harga
2. Pembeli pilih & buat bayaran
3. Anda uruskan penghantaran

Nak tengok contoh Bazar Ramadan Online, boleh klik di sini: https://yzza.io/p58y

Isu:

1. Nak upload & promosi di mana?

Semua platform online yang ada. Media sosial, whatsapp & website. Boleh share dalam group Facebook, group whatsapp jiran & rakan sekerja.

2. Nak terima bayaran macam mana?

Minta pembeli transfer online atau bayar semasa barang diterima (COD).  Nak lebih selamat, hanya pastikan order yang dibayar sahaja akan disediakan.

3. Nak hantar order macam mana?

Buka order sehari lebih awal atau sehingga 2 pm sahaja. Letak sendiri cut off time untuk terima order. Sediakan produk ikut order yang diterima sahaja.

Sudah siap, boleh susun trip penghantaran ikut kawasan, blok & sebagainya. Hantar sendiri, upah runner atau guna on demand delivery. Ada cara ke nak mudahkan urusan terima order guna whatsapp?

Ya, ada. Boleh cuba guna servis Yezza supaya tak kelam-kabut nak terima order nanti.

1. Yezza akan memudahkan peniaga upload produk yang dijual. Boleh jadi macam kedai online.

2. Pembeli pilih makanan & isi maklumat yang perlu.

3. Peniaga bagi link untuk pembeli buat bayaran online.

4. Pembeli boleh pilih nak order awal nak minta kita hantar hari apa.

5. Tiga empat hari selepas itu, boleh whatsapp/follow up lagi pembeli untuk repeat order. Database ada, apa yang pembeli order pun peniaga tahu.

Nak try guna Yezza? klik di sini: https://yezza.link/daftar

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel