Kaji Selidik Masalah Kecacingan Dalam Kambing/Biri-Biri

Masalah kecacingan adalah masalah yang biasa dialami oleh ternakan. Walaupun biasa kita tidak boleh pandang enteng masalah ini, kerana masalah ini datang dalam diam. Menyebabkan kerugian yang lama, masalah ini mula timbul apabila bilangan ternakan meningkat, hujan yang panjang dan sumber rumput adalah berdekatan dengan sungai atau sawah. Antara tanda-tanda kecacingan yang biasa timbul:

  1. Kurus (pembesaran terbantut).
  2. Pucat.
  3. Cirit.
  4. Bulu kusam.
  5. Lemah, dan banyak lagi.

Rawatan yang boleh dilakukan adalah menggunakan ubat nyah cacing seperti albendazole, fenbendazole dan lain-lain produk dipasaran. Boleh juga menggunakan herba daun-daunan yang tumbuh meliar, namun kesannya sedikit lambat jika dibandingkan dengan ubatan yang dikeluarkan oleh pengilang. Namun penggunaan ubatan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerintangan ubatan pada cacing. Apa sahaja cara rawatan adalah lebih baik rujuk doktor veterinar bertauliah berdekatan dengan anda. Langkah pencegahan yang boleh kita buat adalah lebih penting, dengan beberapa langkah ini masalah kecacingan dapat dikawal;

  1. Melakukan pemantauan berekod.
  2. Gunakan Famacha chart.
  3. Penghantaran sample tinja ke makmal.
  4. Rawatan nyah cacing berkala.

Dengan langkah penghantaran sample tinja kepada makmal akan membantu kita mengetahui jenis cacing yang sebenar menyebabkan masalah kepada ternakan, dan boleh tahu tahap bebanan kecacingan yang dihadapi oleh ternakan. Penggunaan ubatan yang betul pada jenis cacing yang betul boleh mengelakkan kerintangan ubatan pada cacing berlaku.

Kita juga boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh menjalankan kajian masalah kecacingan pada ternakan kita. Dr Khadijah Saad (pensyarah UMT) ada mengeluarkan kaji selidik menggunakan google forms untuk mengetahui tahap pengetahuan, amalan dan persepsi penternak berkaitan dengan masalah kecacingan pada kambing dan biri-biri di Malaysia.

Maklumat yang akan diperolehi daripada kajian ini adalah penting bagi membantu pihak penyelidik dalam merangka program-program berkaitan masalah jangkitan cacing pada ternakan, di masa hadapan. Bagi yang ingin menyertai kaji selidik ini, anda boleh klik pautan ini

Dibeberapa buah Negara, masalah kecacingan dipandang serius sendiri oleh para penternak, sehinggalah wujud beberapa NGO yang menyebarkan kesedaran melalui website seperti http://www.wormboss.com.au/sheep-goats/ . Populasi ternakan semakin bertambah dan ekonomi penternak semakin berkembang sehinggakan dapat memenuhi permintaan tempatan dan luar negara. Semoga kesedaran masalah kecacingan dapat diterapkan pada penternak tempatan khususnya di Malaysia.

Baca juga artikel Konsep Kitaran Hidup Cacing Gastrointestinal Pada Lembu

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel