13 ag-tech Inovasi Yang Mengubah Hasil Penternakan

Dalam memastikan ternakan diberikan kebajikan sebaiknya dan meningkatkan lagi kemandirian industri, pelbagai inovasi dihasilkan bagi memantau kesihatan ternakan, menghalang penularan wabak penyakit, dan meningkatkan mutu pemakanan ternakan. The Animal AgTech Innovation Summit yang telah diadakan di San Francisco telah meneliti dan pencadangkan 13 start-ups yang menggunakan teknologi bagi menyokong industri ternakan dengan lebih cekap. Berikut adalah 13 senarai start-up tersebut:

Sebuat syarikat yang membangunkan alat yang mampu merawat masalah mastitis tanpa menggunakan antibiotik. Mereka memperkenalkan acoustic pulse technology (APT) Rawatan menggunakan kaedah ini mampu 70 peratus kadar kesembuhan dan 10 peratus meningkatkan penghasilan susu.

Layari armentavet.com untuk lebih lanjut.

Sebuat syarikat yang membangunkan sensor bagi memantau masalah industri penghasilanan makanan ternakan. BinSentry adalah syarikat IoT yang telah tertubuh 40 tahun yang lalu, dengan menggunakan teknologi yang dibawa oleh mereka, penternak mampu mengetahui keberkesanan pengambilan makanan oleh ternakan, dan kos sebenar yang dikeluarkan.

Layari binsentry.com untuk lebih lanjut.

Merupakan sebuah syarikat yang pertama membangunkan teknologi pemerhatian autonomous. Mereka menggunakan AI dan IoT untuk membuah pelaporan sebarang aktiviti ternakan yang dirakam menggunakan webcam terus kepada penternak.

Layari cattleeye.com untuk tahu lebih lanjut.

Faromatics menggunakan robotic, AI (artificial intelligent) dan juga data raya (Big data) untuk menjaga kebajikan ternakan dan meningkatkan penghasilan ladang. Teknologi yang dibangunkan mampu memantau aktiviti dan juga kerosakan yang dialami oleh sesebuah ladang.

Layari cattleeye.com untuk tahu lebih lanjut.

Mereka merubah landskap penternakan dengan mengurangkan kadar kematian, meningkatkan kebajikan ternakan dan memanfaatkan sumber tenaga dengan lebih berkesan. Apa yang mereka lakukan? Ladang dijalankan menggunakan sistem solar, mempunyai traktor yang swapandu dan pelbagai lagi.

Layari farrpro.com untuk tahu lebih lanjut.

Sesuai dengan nama syarikat, mereka membangunkan cellbot dan probiotic untuk menghapuskan sebarang pathogen yang boleh memberi ancaman kesihatan kepada ternakan. Dengan adanya teknologi ini, kebergantungan terhadap antibiotik boleh dikurangkan, kerana masalah AMR amat membimbangkan. Mereka menggunakan biologi buatan dan artificial intelligent (AI).

Layari gprobiotics.com untuk tahu lebih lanjut.

Sebuah syarikat yang menghasilkan sensor pemantauan pengambilan air oleh ternakan. Mereka bangunkan sensor ini dengan new LoRa technology, wireless, real-time dan pemantauan 24/7. Apa yang menarik? Dengan menggunakan sensor ini anda akan mengetahui keadaan bekalan air bersih atau tidak, mencukupi atau tindak, dalam lingkungan 15km kesemuanya di hujung jari anda.

Layari h2oalert.nl untuk tahu lebih lanjut.

Teknologi yang sangat bernilai sehinggakan mereka boleh menghubungkan sistem sokongan kepada mana-mana ladang. Ekosistem begini sangat diharapkan oleh kumpulan penternak, bukan setakat menghubungkan, mereka juga mampu memantau segenap aktiviti yang dijalankan di ladang. Mereka menggunakan data raya dan kecerdasan buatan untuk mengawal rantaian industri ternakan.

Layari hencol.com untuk tahu lebih lanjut.

Menghampiri sepertimana yang dilakukan oleh Hencol. Berpaksikan menyelesaikan sebarang masalah diladang ternakan, maklumat penyakit atau wabak, pemasaran, ilmu penternakan, perkongsian, pemantauan, dan pelaporan mereka sediakan.

Layari jaguzafarm.com untuk tahu lebih lanjut.

Membangunkan sistem yang memantau aktiviti ternakan. Melalui sistem ini, mereka dapat meningkatkan produktiviti, mengesan penyakit, tahap tekanan ternakan dan kesediaan mengawan. Mereka bermisikan menghubung ternakan kepada manusia dan industri.

Layari moonsyst.com untuk tahu lebih lanjut.

Melihat kepada masalah AMR yang melanda manusia disebabkan oleh tindakan manusia sesuka hati menggunakan antibiotik, mereka membangunkan biologi buatan kepada penghasilan virus yang telah diubah fungsi untuk menentang bakteria jahat.

Layari next-biotics.com untuk tahu lebih lanjut.

Mereka juga merubah lanskap penternakan dari asalnya menggunakan tenaga solar, namun sekarang mereka telah hasilkan tag telinga GPS dan aplikasi telefon pintar. Teknologi ini boleh dimanfaatkan dengan mengatur pergerakan ternakan meragut, memantau permukaan tanah dan memantau kesihatan ternakan.

Layari ropertag.com untuk tahu lebih lanjut.

Perisian komputer yang telah dibangunkan dan banyak digunakan oleh penternak. Sistem perisian ini dibangunkan untuk merekod data ladang, mengurus pengunaan antibiotik, mengoptimumkan penghasilan dan boleh digunakan untuk audit fasiliti yang ada serta diperlukan.

Layari simpleagsolutions.com untuk tahu lebih lanjut.

Melihat perkembangan teknologi yang semakin pesat mula digunakan, adakah kita mahu ketinggalan?

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel