Penggunaan Teknologi Dalam Penternakan

Revolusi industri kini telah memasuki gelombang yang ke 4.0 dan dikenali sebagai IR 4.0 dikatakan bakal memakin prduktiviti mana-mana perusahaan. Industri penternakan juga tidak ketinggalan untuk mengecapi IR 4.0 ini. Lihat sahaja kepada keperluan aktiviti yang terlibat dalam penternakan, dari segi pengurusan (dokumen, ternakan, produk), pemasaran, perkhidmatan pelanggan, dan penyelidikan, kesemua tempat boleh uruskan dengan IR 4.0.

Berikut adalah gambaran aktiviti penternakan yang boleh dibangunkan menggunakan teknologi IR 4.0;

Dengan menggunakan teknologi sekarang penternak akan dapat banyak kelebihan, seperti pengurusan yang lebih cekap, jimat masa dan kos, pemantauan yang terperinci dan pelbagai lagi. Teknologi seperti artificial intelligence (AI), data raya (big data), robotic autonomi, dan peranti berkonsepkan internet saling berhubung atau Internet of Things (IoT) perlu diceburi oleh penternak.

Bagi penternak yang berminat, anda dicadangkan untuk ikuti kumpulan Jom Pakai IoT di facebook, pelbagai perkongsian yang telah dibuat dan tersedia untuk dipelajari, anda juga boleh hubungi Dr Mazlan Abbas untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan IR 4.0 masa kini.

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel