Bagi memastikan hasil ladang adalah yang terbaik, terutamanya penghasilan anak ternakan yang berkualiti, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti sumber genetik yang bagus. Pemilihan lembu dara sangatlah penting bagi menggantikan induk betina yang semakin kurang produktif. Berikut adalah empat ciri-ciri lembu dara yang patut diteliti oleh penternak:
Apa itu phenotype? Ianya adalah sifat dan ciri-ciri yang ada pada ternakan, sebagai contoh warna kekuningan atau putih, ketinggian, lebar, penghasilan daging, mudah melahirkan anak, Â dan lain-lain lagi. Phenotype jika digunakan sebaiknya, ianya melambangkan identiti ladang anda, kerana ianya adalah kunci kepada prestasi yang diinginkan. Latih diri anda untuk mengenali phenotype induk betina yang anda inginkan.
Ini berkaitan dengan phenotype yang kita pilih dan dikehendaki. Namun, prestasi lembu dara perlu diteliti dalam beberapa tempoh yang anda boleh tetapkan sendiri. Sebagai contoh prestasi yang bagus adalah seperti kadar pembesaran yang cepat, tahap kesihatan yang memuaskan tahan dengan penyakit, dan juga penerimaan induk pejantan.
Bukan manusia sahaja yang mempunyai sikap dan perangai, jika diperhatikan ada sahaja lembu yang nakal, mengacau, garang, manja dan perlbagai lagi perangai, inilah nikmat yang tidak boleh dirasai oleh orang lain selain para penternak. Pilihlah perangai lembu yang anda rasa sesuai dengan sikap anda. sebagai contoh, anda tindak mempunyai jenis sumber makanan yang mencukupi seperti rumput Brachiaria Humidicola, jadi anda perlu campurkan dengan Pennisetum purpureum, lembu yang anda pilih tidak merungut (anda tahu), lembu akan makan saja apa yang ada. Namun antara perangai yang paling diingini, sifat keibuan dan jinak, anak lembu akan membesar dengan baik.
Umum beranggapan umur matang secara purata adalah 12 hingga 18 bulan, matang yang dimaksudkan di sini adalah bersedia untuk mengawan. Pilih lembu dara yang mempunyai sejarah keturunan umur matangnya adalah awal, tanda biangnya jelas ketihatan. Tanda biang sembunyi amat menyusahkan dan meragukan untuk diurus, kebarangkalian untuk bunting amat rendah.
Namun ada sahaja ciri lain yang anda boleh perhatikan, dengan itu pilihlah lembu dara yang berkualiti. Dalam dunia penternakan suasananya adalah tidak tentu, tidak seperti membeli telefon pintar yang dijanjikan dengan memori dan RAM yang spesifik. Pengalaman mematang anda, penternak berilmu maju jaya.
Baca juga artikel Pemantauan Prestasi Pembiakan Pejantan.
Sumber rujukan:
- Byerly, D. J., R. B. Staigmiller, J. G. Berardinelli, and R. E. Short. 1987. Pregnancy rates of beef heifers bred either on puberal or third estrus. J. Anim. Sci. 65:645–650.
- 2. Moseley, W. M., W. M. McCartor, R. D. Randel. 1977. Effects of monensin on growth and reproductive performance of beef heifers. J. Anim. Sci. 45:961-968.
- 3. Martin, L. C., J. S. Brinks, R. M. Bourdon, and L. V. Cundiff. 1992. Genetic effects on beef heifer puberty and subsequent reproduction. J. Anim. Sci. 70:4006?4017.