Secara umum, terdapat dua (2) jenis mineral yang diperlukan oleh badan ternakan, iaitu macro dan micro. Kedua-dua jenis mineral ini diperlukan oleh badan ternakan untuk menjalankan aktiviti metabolisma dan penghasilan daging, susu, bulu, dan pembiakan. Secara ringkas berikut adalah penerangan berkaitan dengan dua (2) jenis mineral tersebut:
Macro mineral adalah unsur mineral yang hadir dalam jumlah yang banyak di dalam tubuh badan ternakan, dan unsur ini amat diperlukan oleh badan ternakan. Antara unsur mineral tersebut adalah calcium, chlorine, magnesium, phosphorus, potassium, sodium, dan sulfur.
Micro mineral pula unsur yang ditemui dalam jumlah yang sedikit (juga dikenali sebagai trace mineral) di dalam tubuh badan ternakan, dan unsur ini hanya diperlukan dengan kadar yang sedikit sahaja. Antara unsur mineral tersebut adalah chromium, cobalt, copper, fluorine, iodine, iron, manganese, molybdenum, selenium, dan zinc.