Info Straw Benih Lembu

Kini, Malaysia sudah memiliki Lembu Sado (double muscle) yang dihasilkan melalui inseminasi buatan (AI=artificial insemination). Aktiviti ini dilaksanakan oleh AIman (juru suntik permanian beradas) bertauliyah yang telah berkursus dan mengaplikasikan teknik AI. Teknik ini dilakukan atas beberapa faktor, antaranya bagi mengawal penyakit, dan juga mengurangkan kos Induk Penjantan. Namun, kini aktiviti ini telah dijadikan sebagai kerjaya.

Air Mani yang mengandungi sperma pejantan akan dimasukkan ke dalam straw dan ianya merupakan kunci utama kepada kejayaan aktiviti AI. Terdapat banyak syarikat yang menghasilkan straw benih lembu pada masa kini. Sudah pasti aktiviti ini memerlukan sistem yang teratur agar mutu benih adalah terjamin.

Setiap straw mengandungi 0.25 cc yang mempunyai aggaran 24 juta sperma. Benih yang berkualiti mengandungi sperma yang hidup dalam lingkungan 80% dan abdormaliti spermanya adalah kurang dari 15%. Sperma yang berkualiti akan disimpan menggunakan cecair nitrogen. Untuk menerangkan penghasilan straw benih ini amat rumit.

Kini straw benih telah dihasilkan dengan dua (2) jenis, iaitu heterospermic dan Sexed (jantan; Y dan betina; X). Terdapat info yang dicetak pada straw benih oleh pengeluar seperti berikut:

Gambar Straw Benih, Sumber: swissgenetics

Penerangan info yang dicetak adalah seperti berikut:

EU Code: Kod yang menyatakan pusat pengumpulan benih yang diiktiraf.

Production date: Tarikh dihasilkan mengikut urutan hari, bulan dan tahun (DDMMYY).

Barcode: Kod yang dihasilkan oleh komputer yang mengandungi maklumat pusat pengumpulan, nombor ID pejantan yang diiktiraf. Mungkin pada masa akan datang QR Code akan digunakan.

Article Code: Kod yang menyatakan secara detail dose dan juga jenis benih (heterospermic atau Sexed). Kedua-dua jenis benih boleh dihasilkan oleh pejantan yang sama.

Gambar Aricle Code, Sumber: swissgenetics

Batch number: Nombor untuk benih yang dikumpulkan, jika air mani yang dikumpulkan pada masa yang berlainan dan dicampur, hanya satu batch number yang diberikan. Namun, jika diasingkan dua (2) nombor berasingan akan diberi.

Animal ID: Nombor identiti yang diberikan dan dicatat/ direkod dalam buku atau mana-mana sistem yang boleh dibuktikan.

Name of the bull: Nama pejantan yang didaftar.

Breed code: Kod kepada jenis baka lembu.

Gambar Breed Code, Sumber: swissgenetics

Artikel ini dihasilkan bagi menyatakan ketelusan yang dibuat melalui sistem info dicetak pada straw benih, empunya ternakan dan yang akan membeli ternakan tersebut boleh menilai mutu lembu sado yang dihasilkan. Bukan hanya pada saiz dan berat lembu yang menentukan harga, genetik juga memainkan peranan yang utama bagi penetapan harga.

Sumber rujukan:

  1. Swissgenetics
  2. progressivedairy.com
  3. ansci.wisc.edu  
  4. icar.org

Nota: Di dalam artikel kali ini kami memberi contoh Swissgenetics sebagai pengeluar straw benih. Namun bagi syarikat lain berkemungkinan sistemnya berlainan, jadi idea asasnya adalah, teliti info yang disediakan oleh syarikat pengeluar. Dengan itu, diharap jika benih Limousin yang diminta, yang lahirnya adalah Limousin bukannya Holstein ataupun KK. Sila klik pada sumber rujukan untuk bahan bacaan lebih.

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel