Sebelum anda memasuki industri penternakan, anda pasti tertanya-tanya, apakah aktiviti penternakan yang boleh memberikan hasil yang lumayan selain dijadikan sebagai hobi dan diternak secara kecil-kecilan. Kami senaraikan aktiviti penternakan tersebut, dan langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah tambah ilmu dan pemerhatian sebelum memilihnya, kerana perlu disemat ke dalam fikiran “penternakan adalah perniagaan”.
Aktiviti perniagaan memerlukan disiplin dan sistem yang jelas bermula dengan pembukuan perancangan perniagaan, urusan perniagaan, pemasaran, analisis margin perniagaan dan berakhir dengan pengurusan perniagaan.
Berikut adalah dua puluh dua (22) senarai aktiviti penternakan yang boleh dikomersialkan (tidak termasuk aktiviti yang berkaitan dengan industri perikanan):
- Ayam Pedaging
- Ayam Penelur
- Ayam Kampung
- Itik Pedaging
- Itik Penelur
- Puyuh Pedaging
- Puyuh Penelur
- Walid
- Babi
- Lembu Baka
- Lembu Pedaging
- Lembu Tenusu
- Kerbau Pedaging
- Kerbau Tenusu
- Rusa Pedaging
- Kambing Baka
- Kambing Pedaging
- Kambing Tenusu
- Kuda
- Bebiri Baka
- Bebiri Pedaging
- Arnab
Dua puluh dua (22) yang tersenarai ini hanyalah dari sudut pengeluar produk asas (bukan produk akhir) dan kesemuanya berpotensi untuk dijadikan sebagai produk industri asas ternakan (IAT). Selain aktiviti penternakan, aktiviti membekalkan keperluan penternakan juga menjadi pendokong ke kejayaan penternakan juga. Pada masa akan datang, perkembangan aktiviti akan berlaku dan akan berkurang.
Keperluan penternakan kepada peralatan, bekalan ubat-ubatan, penghasilan bahan makanan, penyediaan infrastruktur, peralatan mesin dan juga ruangan pasar merupakan peluang perniagaan yang tidak boleh terlepas pandang. Adakah anda bersedia untuk terlibat dalam industri ternakan ini?
“Makanan Kita, Masa Depan Kita”
Sumber rujukan:
1.MYAgro