SOAL SELIDIK TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENTERNAK BERKAITAN PENTERNAKAN.

sumber klik disini

Kajian dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan kita sememangnya tidak boleh berada di dalam sistem yang sama. Sebabnya tak akan ada apa-apa peningkatan, malah pembaikan. Jadinya untuk meningkatkan sistem yang ada, kajian perlu dilakukan.

Pihak penternak.my ingin mengajak semua para penternak untuk bersama-sama menyumbang dapatan anda berkaitan pengetahuan dan kemahiran anda sebagai seorang penternak, tak kiralah anda penternak sepenuh masa atau separuh masa.

Soal selidik ini dijalankan oleh Seksyen Pengembangan, Bahagian Pembangunan Indutri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan status awal tahap pengetahuan dan kefahaman penternak berkaitan aktiviti penternakan yang meliputi aspek kesihatan ternakan, pemakanan ternakan, pembiakan, pengeluaran ladang, pengurusan dan rekod ternakan, serta ekonomi ladang untuk aktiviti penternakan yang dijalankan.

Terdapat 11 seksyen yang perlu dijawab di dalam soal selidik ini. Anda diminta untuk menjawab semua soalan. Anda juga diminta untuk menjawab dengan jujur berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda sebagai seorang penternak. Semoga keterlibatan anda dalam soal selidik ini menyumbang kepada kemajuan industri penternakan negara kita yang tercinta ini.

Pautan soal selidik klik disini

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel