PENYAKIT LUMPY SKIN DISEASE (LSD)

Disaat kita menghadapi wabak Covid-19, sekarang kita akan menghadapi ancaman LSD, lumpy skin disease. Gapo dio la LSD ni? Mari dekat adik kakok ambo nok cerito gapo dio la LSD. Penyakit ni banyak berlaku dan biasa berlaku pada lembu dan kerbau. Yahuuu, FMD pon biasa kena, kini LSD pula menjelma.

Ianya disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan sebagai capripox virus, boleh jadi tersebar melalui serangga juga (last?), boleh menjadikan kambing dan bebiri host semulajadinya (sekarang baru sedar kenapa ambo tentang orang nak bela lembu, kambing, bebiri, kerbau, rusa, terus buat zoo). Ok selesai pasal virus.

Apa kesan bila lembu kerbau kena virus ni? Antaranya:

1. Demam panas (boleh jadi 41°C)

2. Kelenjar membengkak, timbul butir-butir bahasa ore kg kita.

3. Bengkak2 ni jelas kelihatan, diseluruh badan.

Apa nak kisah sangat pasal penyakit ni?

1. Jika anda menternak untuk keuntungan, penyakit ini membawa kerugian bukan untuk seketika, pedih nak bagitahu. Hobi lain cerita.

2. Produktiviti ternakan menurun, susu menurun, pembesaran menurun. Kalau main saham, rasa gemuruh suasana pasaran bull and bear rasa nak pecah jantung. Terduduk kena bear tak jual awal.

3. Ada ka orang nak beli lembu yang ada timbul bengkak2 seluruh badan? Biasa kita suka ja tengok benda lawa, tapi tak tahu la kot2 rasa bengkak2 macam tu lawa jugak.

4. Kualiti daging juga menurun, kalau jual juga bare tak sepatutnya jual, orang tak tahu beli, ada berkat disitu? (Tapi ada fikir ka pasal berkat ni?). Jom la makan daging tempatan yang elok, sedap, asyik makan daging tu ja, semangat kebangsaan kena ada la.

Banyak lagi kesannya, secara rumusan, economic loss confirm. Lagi teruk ada yang boleh mati. Dan lagi parah, penyakit ni boleh jadi subclinical (tak perasan pun bengkak2 tu, tak perasan pon LSD dah ada) Ada kah penyakit yang hampir sama? Ada 12 lagi penyakit yang hampir sama, nak senarai ka? Tak payahlah, jenuh nak hadam, study dulu LSD.

Tak pun cari sendiri penyakit-penyakit tu.Macamana nak kawal LSD ni?Patutnya tanya kenapa tiba-tiba cerita LSD ni, meh nak bisik sikit…tu dia, sekarang negara jiran kita pakat kalut terkesan, dah tu kenapa dengan kita? Tak lama lagi dah nak raya korban, biasanya kita akan pakat kalut dengan fmd.

Risiko untuk dapat sangat tinggi jika kita tak ambil tindakan awal seperti;

1. Tingkatkan biosecurity ladang ternakan kita (macam-macam boleh buat, antaranya jangan mudah2 bagi sesiapa sahaja datang ladang).

2. Jangan beli lembu sebarangan (walau hari biasa pun) semak dulu status kesihatan ternakan. Kuarantin dulu jika beli, ingat covid-19 saja ka asyik kena kuarantin? Lembu kambing dah biasa kena kuarantin 😅.

3. Jika ada tanda-tanda klinikal, sila asingkan dan laporkan segera kepada pihak berwajib. Apa nak sorok-sorok kalau bara api dalam sekam, asap mula keluar, datang angin, cantik terbakar terus. Kita yang duk tepi api pon panas nak padamkan api.

4. Yang ini nak cakap jadi serba salah, jangan seludup ternakan, bare murah demo ingat boleh bawa untung ka? Rugi lagi ada la. Iyalah untung seketika, rugi anak cucu cicit, dicelanya kita sampai bila? Tak tahulah.

5. Buat kita yang menternak, nak makan daging pergi beli daging tepi jalan. Ingat, berkemungkinan daging ni tidak diperiksa oleh pihak bertanggungjawab jadinya? Silap-silap boleh bawa masuk penyakit ke ladang kita secara tak sedar. Belilah daging yang telah diperiksa.

Kawan sekalian, tingkatkan kesedaran berkaitan penyakit ternakan, buatlah aktiviti penternakan ini satu perjuangan hidup, bukan hanya berpolitik dan bergosip sahaja, bosan hidup tanpa perjuangan.Kawan mungkin nada saya gunakan ini kurang professional, tapi nada ini yang ambo rasa kena. Panjang lagi kalau nak kongsi, tapi cukup saja setakat ini. Pakat baca dulu LSD tu apa. Nak raya, jumpa lembu bawah harga semasa, fikir-fikirkanlah. Belilah ternakan yang bagus daripada penternak yang baik dalam aktiviti penternakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *