Umum tahu penternakan lembu memakan kos yang sangat tinggi, namun sistem integrasi adalah antara sistem yang banyak menjimatkan kos operasi. Namun, walaupun sistem ini jimat dari segi kos, ianya mempunyai kekurangan dari segi kesukaran mengawal ternakan. Kawalan utama yang perlu diambil perhatian adalah kawalan pengurusan mutu genetik ternakan, ianya bermula dengan program pembiakan.
Program pembiakan perlu disusun dengan rapi, objektif utama program ini adalah melahirkan lebih banyak ternakan, dengan kualiti ternakan yang lebih baik. Jadi, apa yang perlu dilakukan?
- Pilih pejantan yang memenuhi ciri-ciri pejantan yang baik, seperti kadar tumbesaran yang cepat, libido yang kuat, bentuk tubuh badan yang sempurna.
- Pemilihan induk betina mestilah yang mempunyai kadar bunting tinggi, kadar kelahiran yang tinggi, dan bentuk tubuh badan yang sempurna.
- Anak yang ditarget untuk cerai susu perlu diasingkan, dan digemukkan, pemerhatian kadar pembesaran juga perlu dilakukan.
- Singkirkan ternakan yang dikategorikan sebagai tidak produktif.
Selain itu, penjadualan kawasan ragutan juga perlu dilakukan supaya forage yang ada berada pada tahap nutrisi yang memuaskan. Tahap nutrisi boleh diperhatikan dengan menghantar sample kepada makmal secara berkala, jika nutrisinya kurang memuaskan, pembajaan perlu dilakukan.
Pengenalan jika dilakukan, terdapat banyak tanda pengenalan pada ternakan ianya mestilah praktikal dan tahan lama, antara teknik pengenalan adalah seperti berikut;
- Tanda elektronik
- Tattoo
- Tanda telinga
- Klip telinga
- Freeze Branding
- Tanda microcip
Dengan ada tanda pengenalan ianya akan membantu program pembiakan disusun dengan lebih teratur, keselamatan ternakan juga lebih terjamin daripada kecurian, dan penjualan akan berlaku dengan lebih telus. Walau apa pun, terdapat banyak lagi kelebih dan kekurangan yang akan dapat dilihat, dengan itu perlu dibincangkan supaya penyelesaian yang sesuai dengan pengurusan ladang.