Penyakit Lazim Arnab di Malaysia.

Oleh : Dr Norziela Binti Anuar, D.V.M

  1. Hama / Kurap
  2. Cirit Birit
  3. Selesema/ Mata Berair
  4. Penyakit Telinga
  5. Gangguan Sistem Saraf
  6. Bisul di Muka

1) Hama / Kurap


Punca : Jangkitan Hama


Simptom : Kegatalan dan menyebabkan arnab sering mengeleng-gelengkan kepala dan mengaru-garu telinga. Kulit terutama di bahagian telinga, kaki, hidung akan jadi berkuping dan menebal. Bulu arnab bergumpal dan seterusnya luruh dan menjadi botak.


Rawatan : Suntikan Ivermectin ke bawah kulit, sebanyak 3 kali suntikan. Jarak masa antara setiap suntikan adalah 2 minggu. Suntikan hanya boleh diberi oleh Doktor Veterinar.


Awas! Hama ini boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan bintik-bintik merah yang gatal. Sila cuci tangan selepas memegang arnab yang dijangkiti hama.

2) Cirit birit


Punca: Tukar makanan secara drastik, diet pemakanan tidak betul, jangkitan bakteria, protozoa coccidian, stress dll.


Rawatan: Pemberian Kaolin Pectin, 0.7ml/kg, 2 kali sehari. Beri makanan yang tinggi kandungan serat seperti rumput jerami alfafa dan Multivitamin dan sediakan blok mineral. Antibiotik diperlukan sekiranya cirit birit disebabkan oleh jangkitan bakteria atau protozoa.


Awas! Tidak semua jenis antibiotik sesuai dengan arnab. Sesetengah antibiotik boleh menyebabkan toxic kepada arnab. Dapatkan rawatan dan nasihat daripada Doktor Veterinar.

3) Selesema / Mata Berair


Punca: Stress, jangkitan virus, bakteria


Rawatan: Pemberian ubat titis mata yang mengandungi antibiotik seperti “Nicol Eyedrop 0.5%” dititis sebanyak 2 ke 3 titisan ke dalam hidung dan mata pada waktu siang dan malam. Dapatkan nasihat Doktor Veterinar sekiranya keadaan berlarutan.

4) Masalah Telinga


Jangkitan bakteria dalam telinga (Otitis media) menyebabkan kepala senget

Telinga kiri arnab di atas dijangkiti bakteria menyebabkan kepala arnab tersebut senget ke kiri. Arnab akan mengalami kesukaran untuk bergerak dan akan bergerak secara berputar dan berguling. Arnab ini memerlukan rawatan segera bagi mengelak keadaan bertambah teruk dan rumit.
Rawatan: Rawatan antibiotik dan multivitamin.


Awas! Tidak semua jenis antibiotik sesuai dengan arnab. Sesetengah antibiotik boleh menyebabkan toxic kepada arnab. Dapatkan rawatan dan nasihat daripada Doktor Veterinar.

5) Masalah Sistem Saraf


Punca : Kecederaan tulang belakang akibat cara memegang arnab yang salah.


Arnab perlu didukung rapat ke badan pemegang dan tampung bahagian kaki belakang arnab dengan kemas agar arnab berasa stabil. Cara pegang arnab yang salah menyebabkan arnab berasa tidak stabil lalu menendang dan melompat jatuh menyebabkan kecederan pada tulang belakang akibat impak tendangan yang kuat semasa hendak melepaskan diri.


Simptom : Arnab tidak boleh berjalan. Lumpuh.


Peluang untuk arnab pulih adalah tipis dan kualiti hidup arnab akan menurun dan menyebabkan stress. “Put to sleep” adalah pilihan agar arnab itu tidak menderita.

6) Bisul di Muka


Bisul di muka arnab kebiasaannya disebabkan oleh gigi arnab tumbuh panjang lalu mencucuk pipi atau gusi dan menyebabkan jangkitan bakteria. Kekurangan serat (fibre) dalam diet menyebabkan masalah ini berlaku kerana arnab perlu mengunyah dan mengasah giginya daripada tumbuh dengan lebih panjang.


Rawatan: Bisul perlu dibersihkan dan dirawat dengan antibiotik dan jika besar benjol tersebut, nanah perlu dikeluarkan melalui pembedahan minor. Jika gigi arnab terlalu panjang, ianya perlu dipotong.


Penambahan rumput jerami (Grass Hay) dan blok mineral dalam diet pemakanan dapat membantu melambatkan pertumbuhan abnormal gigi arnab.


Awas! Tidak semua jenis antibiotik sesuai dengan arnab. Sesetengah antibiotik boleh menyebabkan toxic kepada arnab. Dapatkan rawatan dan nasihat daripada Doktor Veterinar.

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel