Hernia Abdomen

Oleh: Farhan Hanif

Sumber Gambar: cmapspublic3.ihmc.us

Hernia abdomen ialah protrusi kandungan abdomen seperti mesenterik atau salur usus melalui kecacatan pada dinding abdomen. Saiz hernia bergantung kepada keluasan kecacatan pada dinding abdomen dan jumlah usus atau mesenterik yang terkeluar. Hernia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu; kongenital/sejak lahir seperti hernia umbilikus/tali pusat atau disebabkan oleh trauma, inguinal dan skrotum hernia dan pecah pada tendon pra-pubic. Pemeriksaan hernia sangat penting untuk pemilihan haiwan bagi tujuan eksport. Pemeriksaan yang ketara dan teliti sangat penting kerana hernia boleh kelihatan seperti hematoma, uretra pecah, abses dan edema ketika kelahiran.

Tanda-tanda klinikal dan diagnosis

Hernia mudah dikenalpasti sebagai kawasan bengkak yang lembut, elastik dan dapat direduksi (ditolak atau ditekan akan berubah bentu). Namun keadaan ini boleh lebih teruk apabila bahagian usus yang terperangkap mengalami strangulasi atau pun pecah lalu menyebabkan pendarahan dan edema. Hernia umbilik berlaku di bahagian abdomen ventral, disebabkan oleh cincing umbilikus gagal ditutup selepas proses kelahiran. Hernia jenis ini boleh disahkan melalui palpat di bahagin umbilikus dan terdapatnya tepi tajam cincin umbilik ketika pemeriksaan fizikal dijalankan. Hernia traumatik pula mudah berlaku di bahagian abdominal ventral atau lateral akibat daripada haiwan trauma ditanduk atau jatuh di dalam ladang.

Hernia akut dan hernia kronik selalunya menyebabkan haiwan dalam kesakitan dan stress. Hernia yang berkaitan dengan pecah tendon pra-pubik mudah terjadi pada lembu pada peringkat akhir kebuntingan disebabkan oleh kegagalan otot perut yang meregang dan menipis. Hernia skrotum pula melibatkan herniasi kandungan perut melalui saluran inguinal. Ini menyebabkan skrotum menjadi besar dan mudah terjadinya strangulasi (penegangan).

Rawatan

Antara pilihan rawatan untuk abdominal hernia ialah melalui pembedahan dan pembalutan (bandaging). Namun, proses ini kurang praktikal dalam proses eksport haiwan. Haiwan yang mengalami distres atau tekanan dicadangkan untuk di sembelih. Haiwan yang kebuntingan dengan herniasi abdomen/perut atau pra-pubik yang teruk boleh dicadangkan untuk diinduksi keguguran dengan menggunakan ubat-ubatan seperti kortikosteroid (dexamethasone) dan prostaglandin (cloprostanol, dinoprost trometamolin).

Pencegahan

Pengendalian haiwan dengan tekanan rendah, fasiliti ladang yang dirancang dengan baik, dan pemilihan haiwan yang teliti dapat mencegah keadaan ini dalam proses eksport haiwan.

Sumber Rujukan:

Abdominal Hernia, veterinaryhandbook.com.au

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel