Oleh Aisya Ridha (Goodtree Garden)
Kos produksi arnab pedaging sebahagian besarnya merupakan kos pengurusan induk arnab. Oleh yang demikian, induk arnab harus menerima layanan DIVA (bukan Diva AA kay)
Kenapa saya tidak katakan kos makanan? Tidak dinafikan kos makanan adalah sebahagian besar daripada kos kesuluruhan produksi penternakan. Oleh kerana produksi komersial memerlukan induk arnab dalam keadaan kesihatan yang terbaik, pemakanan yang berkualiti dan pengurusan yang optimum sangat diperlukan.
Mengurangkan harga makanan tidak semestinya memberikan keuntungan yang lebih banyak kepada penternak. Satu kajian berkaitan dengan pendapatan penternak arnab di Eropah mendapati, penternak yang mempunyai kemampuan membeli induk dan makanan yang berkualiti akan mempunyai produksi yang lebih optimum lalu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.
Sejauh mana penternak mampu berkompromi dengan kualiti makanan? Arnab memerlukan formulasi yang bersesuaian dengan keperluan arnab mengikut objektif penternakan dan skala penternakan.
Pengiraan yang akan saya bincangkan ini khas untuk penternak yang melakukan penternakan “backyard”. Rata-rata penternakan di Malaysia dalam skala “backyard” atau berskala kecil dan melakukan semua aktiviti pembiak-bakaan serta produksi daging. Pengiraan ini khas untuk penternak yang mempunyai jumlah induk kurang dari 300 ekor dan melakukan penternakan konvensional.
Tips: Lebih sedikit jumlah induk arnab, lebih baik hasil pengurusan keseluruhan.
Kos yang akan dibincangkan di sini tidak termasuk perincian kos pengurusan yang unik kepada ladang setiap individu penternak. Pengiraan kos ini tidak mengambil kira kesan daripada pemberian hijauan sebagai makanan tambahan arnab.
Kos produksi arnab pedaging selalu dikira berdasarkan kos produksi untuk seekor induk betina. Maka beberapa indikator penting yang penternak kena tahu ialah
1) Tahap kesuburan induk (%)
2) Bilangan anak untuk setiap kelahiran (kit)
3) Kadar kematian Nestbox atau Birth-weaning mortality (%)
4) Kadar kematian peringkat grower (%)
5) Jumlah makanan untuk seekor arnab yang dijual (kg/head)
6) Harga pellet arnab (RM/kg)
7) Harga jualan arnab (RM/kg) – indikator ini sekadar rujukan untuk membezakan pendapatan individu penternak
Saya akan letakkan nilai yang BIASA untuk penternakan di Malaysia
1) Tahap kesuburan = 70%
2) Bilangan anak setiap kelahiran = 7
3) Kadar kematian nestbox = 30%
Indikator di atas paling rumit, kerana ia sangat bergantung kepada beberapa perkara dibawah
1) Kualiti induk
2) Kualiti makanan
3) Kualiti pengurusan
Indikator di bawah ini agak straightforward dan seringkali menjadi fokus penternak arnab di Malaysia. Ia tidak salah cuma penternak akan cenderung “under-estimate” kos sebenar produksi arnab sekiranya tidak mengambilkira kos induk arnab tadi.
1) Kadar kematian grower = 10%
2) Makanan seekor arnab sehingga sembelih = 100g x 45hari
3) Harga pellet = RM2/kg
Nota kaki: Seekor arnab dewasa di iklim tropika lazimnya hanya akan makan sekitar 80g – 140g sehari (ambilan ‘dry matter’ arnab ialah 5-9% berat badannya). Harga pellet komersial arnab di pasaran Malaysia sekitar RM1.5 – RM2.5/kg
Sumber:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2792394527536136&id=100002968481858
https://www.facebook.com/100002968481858/posts/2793089710799951/
https://www.facebook.com/100002968481858/posts/2793317700777152/