Alat untuk bertukang daging

Oleh: gearevo.com

Terdapat 3 jenis pisau dan 1 pelurus mata pisau yang diperlukan oleh setiap orang yang menguruskan daging. Kenapa alatan seperti ini perlu disediakan? Sudah tentu untuk memastikan penyediaan bahan makanan (daging terutamanya) dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan oleh manusia. Berikut adalah alatan yang diperlukan:

Honing rod- untuk luruskan mata pisau dan mendapat kesan tajam

Boleh juga digunakan untuk membung lemak pada mata pisau, gunakan dengan kerap agar pisau sentiasa dapat memotong dengan lancar. Sebelum fungsi honing rod sebenarnya bukan untuk mengasah pisau, tetapi untuk meluruskan mata pisau.

Sebelum sesuatu pisau itu tumpul, mata pisau akan jadi senget kerana mata pisau selalu terkena objek keras seperti papan pemotong atau tulang. Mata pisau senget, tetapi sebenarnya tidak tumpul. Keadaan mata pisau yang senget, menyebabkan ia tidak dapat memotong dengan baik, lalu terasa seperti tidak tajam. Gunakan honing rod untuk luruskan kembali mata pisau. Honing rod juga perlu digunakan secara kerap supaya pisau anda sentiasa terasa tajam.

Boning knife- untuk memotong daging dari tulang

Pilihan panjang bilah sekitar 5 inci atau 6 inci, biasanya bilah 5 inci untuk kambing/ biri-biri dan bilah 6 inci  untuk lembu/ kerbau. Ada 2 jenis pisau boning, iaitu jenis melengkung (curved) dan jenis lurus (straight). Jenis melengkung adalah lebih popular kerana lebih serbaguna. Ada 2 saiz bilah untuk boning knife, iaitu sekitar 5 inci dan 6 inci. Bilah 6 inci lebih popular dan lebih banyak kegunaan. Saiz bilah yang lebih pendek lebih sesuai untuk haiwan lebih kecil atau untuk kawalan pergerakan pisau yang lebih baik.

Bilahnya pula ada jenis keras (stiff) atau bilah mudah lentur (flexible). Bilah keras lebih sesuai untuk daging haiwan besar (daging liat) dan bilah mudah lentur lebih sesuai untuk daging haiwan kecil (daging lembut).

Fungsi utama pisau ini ialah untuk memotong daging dari celahan tulang. Boning knife jenis melengkung juga boleh digunakan untuk melapah kulit dan memotong daging menjadi ketulan kecil, tetapi itu bukanlah fungsi utamanya.

Skinning knife- untuk melapah kulit

Pilihan panjang bilah sekitar 6 inci hingga 7 inci, biasanya bilah 6 inci untuk kambing/ biri-biri dan bilah 7 inci untuk lembu/kerbau. Ada 2 jenis pisau skinning, iaitu bentuk bilah German type dan American type. Rekabentuk American type adalah lebih lebar di bahagian hujung bilahnya. Tidak banyak beza dari segi fungsi, hanya sedikit perbezaan pada reka bentuk sahaja.

Skinning knife biasanya dibuat dengan saiz bilah 6 inci dan 7 inci. Bilah lebih pendek sesuai untuk haiwan yang lebih kecil. Bilah yang pendek lebih mudah digunakan untuk orang baru, tetapi kerja lebih lambat sedikit sebab ia tidak banyak memotong untuk setiap kali lapahan dilakukan.

Fungsi utama pisau ini ialah untuk melapah kulit. Namun, ia juga boleh digunakan untuk melapah daging dan memotong daging menjadi ketulan kecil, tetapi itu bukanlah fungsi utamanya. Skining knife 7 inci juga boleh digunakan untuk menyembelih kambing, tetapi ada pisau yang lebih baik untuk tujuan itu.

Butcher knife (bullnose)- untuk menyembelih/ memotong daging/ melapah kulit

Pilihan panjang bilah sekitar 8/10/12/14 inci, kebiasaannya bilah 8 inci untuk sembelih kambing/ biri-biri, bilah 12 inci untuk lembu/ kerbau. Berbentuk lurus dan lebih lebar berbanding dengan boning knife, mata pisau yang lebih panjang dan bilah yang lebih lebar sesuai untuk memotong sesuatu yang besar dan struktur yang dalam.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan pisau dan alat butcher sila layari gearevo.com

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel